Terkini
Zakat, Baitulmal diminta bantu peminjam wang ‘along’
Pihak zakat dan Baitulmal di Malaysia diminta membantu menangani masalah umat Islam terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.
- Pihak zakat dan Baitulmal di Malaysia diminta membantu menangani masalah umat Islam terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.
- Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi berkata kedua-dua pihak itu perlu cakna akan situasi sesetengah masyarakat yang terdesak sehingga terpaksa meminjam dengan along demi membeli susu anak, membayar keperluan sekolah dan tunggakan hutang kereta.
- “Kadang-kadang bila kita pergi ke pihak-pihak berwajib seperti zakat, Baitulmal dia ada prosedur-prosedur yang perlu ikuti…. ada Astro pun tak boleh, jadi macam mana?” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Wisma Semboyan pada Selasa.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden membabitkan lima kenderaan penduduk di Taman Sri Keramat Tengah dirosakkan dan menerima surat ugutan daripada individu disyaki along.
KUALA LUMPUR — Pihak zakat dan Baitulmal di Malaysia diminta membantu menangani masalah umat Islam terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.
Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi berkata kedua-dua pihak itu perlu cakna akan situasi sesetengah masyarakat yang terdesak sehingga terpaksa meminjam dengan along demi membeli susu anak, membayar keperluan sekolah dan tunggakan hutang kereta.
Katanya, tindakan pantas kedua-dua pihak itu mampu menyelesaikan masalah kelompok terdesak ini dan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan along.
“Kita nak ada prevention sebelum terjadi sebab kalau along ini you pinjam RM1,000 you kena bayar katalah dua ribu kalau you tak nak bayar dia (along) akan overlap dua ribu lagi kena bayar empat ribu.
“Bila tiada duit, dia (peminjam) bayar dua ribu sahaja dulu dia (along) kata ini overlapping lagi jadi empat ribu tambah lagi enam ribu ringgit.
“Cuba bayangkan bila waktu ini pihak zakat negeri, daerah atau zon dan Baitulmal nak bantu dia akan menjadi satu figure yang sangat besar,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Wisma Semboyan pada Selasa.
Yusuf Azmi berkata demikian ketika mengulas insiden membabitkan lima kenderaan penduduk di Taman Sri Keramat Tengah dirosakkan dan menerima surat ugutan daripada individu disyaki along.
Insiden itu didakwa berlaku berikutan salah seorang di kejiranan tersebut gagal membayar hutang kepada kumpulan terbabit.
Yusuf Azmi turut menjelaskan faktor segelintir Melayu Muslim memilih membuat pinjaman along berbanding mendapatkan bantuan daripada agensi zakat mahupun Baitulmal.
“Kadang-kadang bila kita pergi ke pihak-pihak berwajib seperti zakat, Baitulmal dia ada prosedur-prosedur yang perlu ikuti… ada Astro pun tak boleh, jadi macam mana?
“Astro ada pun tidak layak dan itu kita tak boleh nak cakap sebab itu adalah zakat punya prosedur tapi kadang-kadang bila kita telefon kita bagitahu special kes dia tolong, zakat tolong, Baitulmal tolong tapi boleh tak buat tanpa kita call?” katanya. — The Merdeka Times