Terkini
Ulama harus berani tegur kerajaan dengan ikhlas – PM
Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
- “Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
- “Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.
SHAH ALAM: Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
“Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
“Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.
KPM diminta terbitkan semula Himpunan 40 Hadith Imam Nawawi
Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil ikhtiar menerbitkan semula himpunan 40 Hadith Imam Nawawi untuk diedarkan di sekolah seluruh negara.
Himpunan hadith terbabit dilihat mampu memberi perkembangan ilmu kepada murid serta pelajar khususnya beragama Islam.
“Cuma oleh kerana Prof Dr Ali Jum’ah (bekas Mufti Agung Mesir) menekankan mengenai 40 Hadith Imam Nawawi itu mungkin pihak JAKIM dan KPM, sebagai sambutan ialah untuk mengambil ikhtiar menerbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah.
“Ini dapat dipastikan pelajar (Islam) diberikan perkembangan ilmu dan mungkin dengan syarahan yang baik juga,” katanya.
Sumber: Berita Harian