Connect with us

Ekonomi

Tiada campur tangan politik dalam keputusan OPR – Rafizi

Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik, tegas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada campur tangan politik dalam keputusan OPR – Rafizi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik, tegas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Rafizi berkata setiap komponen dalam kerajaan termasuk BNM masing-masing mempunyai tanggungjawab dan pengawalan tersendiri tanpa ada pembabitan ahli politik.
  • “Sebab itu BNM diberi tanggungjawab melihat kesan-kesan ini dan melaksanakan tindakan yang perlu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik, tegas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, setiap komponen dalam kerajaan termasuk BNM masing-masing mempunyai tanggungjawab dan pengawalan tersendiri tanpa ada pembabitan ahli politik.

“Saya pernah sebut sebelum ini, kalau orang politik mempunyai kebebasan penuh untuk menentukan OPR, maka senanglah (kerajaan) nak pinjam duit.

“Kerajaan tentukan OPR rendah, selepas itu kerajaan pinjam duit tiap-tiap tahun dalam jumlah yang besar kerana kos itu rendah.

“Sebab itu BNM diberi tanggungjawab melihat kesan-kesan ini dan melaksanakan tindakan yang perlu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, kenaikan OPR secara tidak langsung turut memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan lebih baik dan berhemah.

Beliau berkata, ini kerana kos untuk berhutang menjadi lebih tinggi dan akan membebankan.

“Jadi kebebasan dan timbangtara itu harap dihormati dan dipertahankan.

“BNM akan terus bekerjasama dengan kerajaan supaya bila kerajaan dapat mengawal dan meredakan inflasi, ia akan dapat mengurangkan tekanan kepada bank pusat untuk menaikkan OPR dalam tempoh akan datang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *