Terkini
Setiap individu disabit hukuman berhak mohon pengampunan – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap individu yang disabitkan hukuman berhak memohon pengampunan.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap individu yang disabitkan hukuman berhak memohon pengampunan.
- Perdana Menteri berkata, setiap permohonan yang dibuat kepada Lembaga Pengampunan itu akan diteliti selayaknya tanpa memihak atau prejudis.
- “Setiap orang yang dijatuhkan hukuman, ada hak untuk memohon (pengampunan).”
- “Malah setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap individu yang disabitkan hukuman berhak memohon pengampunan.
Perdana Menteri berkata, setiap permohonan yang dibuat kepada Lembaga Pengampunan itu akan diteliti selayaknya tanpa memihak atau prejudis.
“Setiap orang yang dijatuhkan hukuman, ada hak untuk memohon (pengampunan).
“Malah setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada Ahad, memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan yang bersidang Jumaat lalu, tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan difailkan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.
Ketika persidangan terbabit, petisyen pengampunan terhadap Najib tidak dibentang oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia lembaga terbabit.
Isu pengampunan Najib turut mendapat bantahan apabila Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, menerusi kenyataannya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.
Kenyataan itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO apabila UMNO Kelantan memberi kata dua kepada Khalid, sama ada memohon maaf atau berdepan penarikan balik kerjasama antara parti di negeri itu.
Susulan itu, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan Khalid berhubung isu berkenaan.
Sumber: Berita Harian