Antarabangsa
Semua penempatan rejim Israel di Palestin haram
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Isnin menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.
- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.
- Jurucakap rasmi Abbas, Nabil Abu Rudeineh berkata, pencerobohan berterusan pendudukan Israel tidak akan mampu mencapai keselamatan atau keamanan ke atas mana-mana pihak.
- Beliau mengecam dan menolak keputusan untuk membenarkan peneroka haram pulang ke pos penempatan Homesh dipindahkan pada 2005.
- “Israel bertindak bertentangan dengan kehendak masyarakat antarabangsa, terutamanya kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, mengenai kepulangan peneroka yang tidak boleh diterima ke Homesh,” katanya.
BAITULMAQDIS, 10 Zulkaedah 1444H, Selasa – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Isnin menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.
Jurucakap rasmi Abbas, Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan berkata, pencerobohan berterusan pendudukan Israel tidak akan mampu mencapai keselamatan atau keamanan ke atas mana-mana pihak.
Beliau mengecam dan menolak keputusan untuk membenarkan peneroka haram pulang ke pos penempatan Homesh – yang dipindahkan pada 2005.
“Semua resolusi PBB, terutamanya 2334, menyatakan dengan jelas bahawa semua penempatan di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur melanggar undang-undang antarabangsa dan mesti dihapuskan.
“Israel bertindak bertentangan dengan kehendak masyarakat antarabangsa, terutamanya kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, mengenai kepulangan peneroka yang tidak boleh diterima ke Homesh,” katanya.
Nabil berkata, tindakan berbentuk kecaman tidak lagi mencukupi untuk menghadapi tindakan kerajaan ekstremis sayap kanan Israel.
Sebelum ini, pentadbiran Joe Biden mengecam Israel berhubung perintah yang membenarkan peneroka Yahudi untuk berada secara tetap di sebuah pos di Tebing Barat walaupun Washington sudah memberi amaran perkara itu harus dielakkan.
Khamis lalu, Ketua Komando Pusat Tentera Israel menandatangani perintah yang membenarkan warga Israel memasuki kawasan pos Homesh, sekali gus membuka jalan untuk penempatan rasmi dibina di sana.
Sumber: Ismaweb