Connect with us

Antarabangsa

Polis Switzerland guna profil pedofil untuk jerat 2,200 orang dalam talian

Polis Switzerland berkata operasi rahsia menggunakan profil seorang pedofil membolehkan mereka mengenal pasti lebih 2,200 pesalah seks kanak-kanak dan pengguna pornografi kanak-kanak di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2023/05/1108360/polis-switzerland-guna-profil-pedofil-untuk-jerat-2200-orang-dalam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Switzerland berkata operasi rahsia menggunakan profil seorang pedofil membolehkan mereka mengenal pasti lebih 2,200 pesalah seks kanak-kanak dan pengguna pornografi kanak-kanak di seluruh dunia.
  • Pendedahan yang dibuat selama beberapa tahun melalui operasi yang digelar ‘Ninja Turtle’ itu membolehkan pihak berkuasa membuat penahanan di Switzerland dan beberapa negara lain.
  • Polis di wilayah di utara Switzerland, Aargau, dalam satu kenyataan berkata siasatan bermula sejak 2012 apabila polis Switzerland dimaklumkan terdapat seorang penduduk di Aargau menggunakan nama samaran ‘Ninja Turtle’, mengedarkan pornografi kanak-kanak menggunakan GigaTribe, sebuah pentas untuk berkongsi bahan tanpa nama.

GENEVA : Polis Switzerland berkata operasi rahsia menggunakan profil seorang pedofil membolehkan mereka mengenal pasti lebih 2,200 pesalah seks kanak-kanak dan pengguna pornografi kanak-kanak di seluruh dunia.

Pendedahan yang dibuat selama beberapa tahun melalui operasi yang digelar ‘Ninja Turtle’ itu membolehkan pihak berkuasa membuat penahanan di Switzerland dan beberapa negara lain.

Polis di wilayah di utara Switzerland, Aargau, dalam satu kenyataan berkata siasatan bermula sejak 2012 apabila polis Switzerland dimaklumkan terdapat seorang penduduk di Aargau menggunakan nama samaran ‘Ninja Turtle’, mengedarkan pornografi kanak-kanak menggunakan GigaTribe, sebuah pentas untuk berkongsi bahan tanpa nama.

Polis menjejaki orang yang bersembunyi di sebalik nama samaran itu, seorang lelaki warga Jerman berusia 62 tahun yang pernah disabitkan kesalahan jenayah pada 2015.

Sebaik saja dia ditangkap, penyiasat terus menggunakan profilnya untuk membuka topeng pedofil lain dan pengguna imej seks kanak-kanak.

“Operasi rahsia selama beberapa tahun di internet itu berjaya dengan 2,200 penjenayah pedofilia didedahkan dan dikenal pasti,” menurut kenyataan polis.

Dalam kenyataan yang sama, polis mengesahkan tangkapan dibuat di beberapa wilayah di Switzerland, serta di negara lain termasuk Croatia, Brazil, Perancis dan Sepanyol.

Sebahagian daripada mereka yang dikenal pasti bukan saja pengguna pornografi kanak-kanak, tetapi juga penjenayah yang mendera kanak-kanak secara fizikal.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending