Connect with us

Antarabangsa

Penipuan pancingan data guna aplikasi ScamShield palsu dikesan

Satu varian penipuan pancingan data baru kini dikesan, membabitkan sebuah aplikasi ScamShield palsu yang memasang perisian hasad, atau ‘malware’, pada peranti bimbit mangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penipuan pancingan data guna aplikasi ScamShield palsu dikesan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu varian penipuan pancingan data baru kini dikesan, membabitkan sebuah aplikasi ScamShield palsu yang memasang perisian hasad, atau ‘malware’, pada peranti bimbit mangsa.
  • Polis menasihati orang awam supaya jangan tidak memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan kerana aplikasi berkenaan mungkin mengandungi perisian hasad yang boleh digunakan penipu untuk mengawal peranti mangsa.
  • Dalam penipuan ini, orang awam yang mempunyai telefon bimbit Android akan diperdaya menghubungi penipu melalui aplikasi Whatsapp untuk membeli makanan yang diiklankan dalam media sosial seperti Facebook, pada peranti bimbit Android mereka.

SINGAPURA: Satu varian penipuan pancingan data baru kini dikesan, membabitkan sebuah aplikasi ScamShield palsu yang memasang perisian hasad, atau ‘malware’, pada peranti bimbit mangsa.

Polis menasihati orang awam supaya jangan tidak memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan kerana aplikasi berkenaan mungkin mengandungi perisian hasad yang boleh digunakan penipu untuk mengawal peranti mangsa.

Dalam penipuan ini, orang awam yang mempunyai telefon bimbit Android akan diperdaya menghubungi penipu melalui aplikasi Whatsapp untuk membeli makanan yang diiklankan dalam media sosial seperti Facebook, pada peranti bimbit Android mereka.

Kemudian, penipu akan menghantar pautan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi membayar untuk makanan terbabit.

Selepas itu, transaksi tanpa izin akan dilakukan daripada akaun bank mangsa atau kad kredit mereka.

Penipu kemudian akan menyamar sebagai pegawai bank yang sedang membuat tindakan susulan bagi transaksi berkenaan.

Menurut polis, penipu akan mencadangkan mangsa memuat turun aplikasi ScamShield palsu yang mempunyai logo ScamShield melalui sebuah pautan sebagai satu perlindungan untuk mangsa dan membuat laporan dalam aplikasi itu.

Penipu juga akan menekankan kepada mangsa supaya memuat turun aplikasi melalui pautan yang dihantar dan bukan Google Play Store.

Menurut Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), aplikasi ScamShield boleh menapis SMS dan panggilan daripada penipu.

Nombor-nombor ini akan disekat oleh ScamShield sekiranya ia pernah digunakan dalam penipuan lain.

Polis tidak mendedahkan jumlah mangsa bagi varian penipuan terbaru itu.

Varian terbabit baru dikenal pasti dan polis mengingatkan orang awam mengenai bahaya memuat turun aplikasi daripada laman pihak ketiga pada telefon bimbit, komputer dan peranti lain.

Antara Mac dan pertengahan April 2023, sekurang-kurangnya 113 pengguna telefon bimbit Android menjadi mangsa pencurian butiran perbankan mereka dalam penipuan pancingan data dengan kerugian sekurang-kurangnya SGD$445,000 (RM1.5 juta). 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *