Antarabangsa
Peneroka haram Yahudi cetus provokasi, sekat azan subuh di Masjid al-Aqsa
Peneroka haram Yahudi berterusan mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.

- Peneroka haram Yahudi mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.
- Kejadian berlaku apabila puluhan peneroka Israel memenuhi kawasan sekitar masjid sempena perarakan tahunan bagi meraikan ulang tahun pendudukan negara haram itu.
- Terdahulu, ribuan rakyat Israel mengibarkan bendera sambil mengelilingi kawasan Old City di Baitulmaqdis sempena perarakan itu.
- Kawasan itu juga dikawal ketat tentera pengganas Israel, sekali gus menghalang penduduk Palestin daripada memasuki masjid berkenaan.
BAITULMAQDIS, 28 Syawal 1444H, Jumaat – Peneroka haram Yahudi berterusan mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.
Kejadian berlaku apabila puluhan peneroka Israel memenuhi kawasan sekitar masjid sempena perarakan tahunan bagi meraikan ulang tahun pendudukan negara haram itu.
Terdahulu, ribuan rakyat Israel mengibarkan bendera sambil mengelilingi kawasan Old City di Baitulmaqdis sempena perarakan itu.
Kawasan itu juga dikawal ketat tentera pengganas Israel, sekali gus menghalang penduduk Palestin daripada memasuki masjid berkenaan.
Beberapa kedai di sekitar Old City juga diarahkan tutup bagi memudahkan kumpulan peneroka memasuki kawasan dan mengelakkan pertempuran antara penduduk Palestin ketika memasuki Pintu Damsyik.
Sementara itu, Kementerian Luar Mesir dalam kenyataan mengecam tindakan peneroka haram termasuk anggota kerajaan dan Ahli Parlimen Israel menyerbu Masjid al-Aqsa.
Kementerian itu turut menyelar perarakan bendera Israel yang berisiko memburukkan ketegangan di wilayah berkenaan, sekali gus menggesa Israel menghormati status quo yang menetapkan Masjid al-Aqsa sebagai hak milik tunggal umat Islam.- Agensi
Sumber: Ismaweb
