Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pemuja syaitan koyak kitab Injil dalam perhimpunan di Boston

Perhimpunan pemuja syaitan terbesar dalam sejarah diadakan di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu, demikian lapor Daily Mail.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Pemuja syaitan koyak kitab Injil dalam perhimpunan di Boston
Foto: Seorang wanita mengoyakkan bible semasa upacara pembukaan SatanCon.

Perhimpunan pemuja syaitan terbesar dalam sejarah diadakan di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu, demikian lapor Daily Mail.

SatanCon dianjurkan kumpulan The Satanic Temple itu berlangsung selama tiga hari di Marriott Copley Place menyaksikan pesertanya mengoyakkan kitab Injil dan melakukan upacara ‘nyah pembaptisan’.

Acara yang diadakan sempena ulang tahunnya ke-10 itu turut dikecam hebat selepas ia diiklankan sebagai ‘hujung minggu kekufuran’ untuk meraikan ‘perhimpunan syaitan terbesar dalam sejarah’.

Dihadiri lebih 800 peserta memakai topeng, acara pembukaan diisi dengan penyampaian khutbah dari penceramah.

‘Salam Syaitan!’ laung salah seorang penceramah, Chalice Blythe sambil mengoyakkan helaian muka surat kitab Injil dan bendera ‘garis biru nipis’ sokongan polis ketika majlis perasmian.

Terdapat juga pameran barangan seperti patung kepala kambing, kesusasteraan syaitan dan penjualan barangan cenderahati diilhamkan berdasarkan syaitan Lucifer.

Dalam pada itu, perhimpunan ini turut dihadiri penunjuk perasaan yang membantah acara pengabdian kepada syaitan itu.

Antaranya ialah Persatuan Amerika untuk Pertahanan Tradisi, Keluarga dan Harta, yang memegang papan tanda bertulis “Syaitan Tiada Hak”.

The Satanic Temple ditubuhkan pada 2012 dan membuka ibu pejabat rasmi pertamanya di Salem, Oregon, AS pada 2016.

Bagaimanapun, kumpulan itu menafikan mereka menyembah syaitan.

Menurut laman web rasminya, mereka tidak melihat syaitan sebagai entiti jahat dan hanya menganggapnya watak simbol pemberontakan mempersoal pihak berkuasa.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *