Connect with us

Terkini

Minta ahli UMNO undi DAP, Ahmad Maslan diangkat sebagai ‘Most Valuable Politician’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diangkat sebagai Most Valuable Politician (MVP) dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) minggu ini yang dihoskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Shahril Hamdan (kanan).
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diangkat sebagai Most Valuable Politician (MVP) dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) minggu ini yang dihoskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
  • Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan meminta pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.
  • “Kita sudah jangkakan benda ini BN akan bekerjasama dengan PH dalam PRN akan datang, kita tahu rundingan tengah dibuat di Kedah, Kelantan, Terengganu terutamanya di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berkenaan pengagihan kerusi.”
  • “Ia supaya tidak bertembung antara BN dan PH satu gabungan lawan PN jadi one vs one lah… Kita semua dah tahu tetapi really took somebody special to go out there and say ‘Eh orang UMNO kau kena sokong DAP,” kata Khairy dalam episod terkini Podcast KS di Youtube.
  • Ahli politik pertama menerima MVP Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diikuti Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Negeri Melaka, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diangkat sebagai Most Valuable Politician (MVP) dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) minggu ini yang dihoskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Maslan ahli politik keempat menerima MVP itu berikutan beliau dilaporkan meminta pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas pemilihan Ahmad Maslan, Khairy mengatakan beliau tidak terkejut sekiranya Timbalan Menteri Kewangan itu kerap menerima MVP kerana setiap kenyataannya pasti ‘mengundang’ pengiktirafan khas itu.

“Kita sudah jangkakan benda ini Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN akan datang, kita tahu rundingan tengah dibuat di Kedah, Kelantan, Terengganu terutamanya di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berkenaan pengagihan kerusi.

“Ia supaya tidak bertembung antara BN dan PH satu gabungan lawan Perikatan Nasional (PN) jadi one vs one lah… Kita semua dah tahu tetapi really took somebody special to go out there and say ‘Eh orang UMNO kau kena sokong DAP,” katanya dalam episod terkini Podcast KS di Youtube.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan yang juga hos bersama program itu berkata Ahmad Maslan sebelum ini memegang pendirian sebaliknya iaitu enggan menyokong DAP.

“Dia (Ahmad Maslan) pernah bercakap banyak kali seperti ini, ‘Tak mungkin saya bersama DAP,’ sewaktu menjadi Setiausaha Agung UMNO, dia pernah cakap juga ‘UMNO tetap sokong Perikatan Nasional sebab dalam PN, tak ada DAP’ ini zaman UMNO bersama Perikatan Nasional lah,” katanya.

Foto: Twitter @keluarsekejap.

Khairy sebelum ini berkata menerusi program itu mereka akan memilih seorang ahli politik untuk diangkat sebagai MVP yang bergantung dari segi nilai berita seseorang ahli politik, tidak kira sama ada individu tersebut melakukan sesuatu perkara bagus atau sebaliknya.

Ahli politik pertama menerima MVP Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diikuti Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Negeri Melaka, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Keluar Sekejap

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *