Connect with us

Terkini

Mid Valley Megamall terbakar

Kebakaran berlaku di Kompleks Beli Belah Mid Valley Megamall pagi ini yang mana kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat daripada beberapa kilometer dari tempat kejadian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mid Valley Megamall terbakar
Foto: Kebakaran berlaku di Kompleks Beli Belah Mid Valley Megamall pagi ini.
  • Kebakaran berlaku di Kompleks Beli Belah Mid Valley Megamall pagi ini yang mana kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat daripada beberapa kilometer dari tempat kejadian.
  • Video kebakaran itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.
  • Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.
  • Menurut jurucakap itu, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu.

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di Kompleks Beli Belah Mid Valley Megamall pagi ini yang mana kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat daripada beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Video kebakaran itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.

Menurut jurucakap itu, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu jam 10.30 pagi dan pihaknya mendapat maklumat kejadian, dua minit kemudian.

Tiada mangsa terbabit kebakaran di Mid Valley

Setakat ini, JBPM KL mengesahkan tiada mangsa terbabit dalam kejadian kebakaran ini.

“Sebanyak lapan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Seputeh dengan kekuatan 40 pegawai dan anggota.

“Pada masa ini kebakaran dikesan membabitkan pencawang masuk utama ke bilik transformer TNB dalam bangunan berkenaan.

“Pada masa ini kerja-kerja pemadaman api masih dijalankan,” katanya.

PMU Mid Valley terbakar: TNB gerakkan pasukan teknikal

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley jam 10:27 pagi tadi.

Sehubungan itu, pasukan teknikal TNB telah pun digerakkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran PMU itu menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

Punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

TNB mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terbabit telah mendapat bekalan seawal jam 10.55 pagi. TNB sedang berusaha memulihkan bekalan kepada pengguna yang masih terkesan.

Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 15454 untuk maklumat lanjut.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

Pawagam GSC Mid Valley tutup kerana kebakaran, semua tayangan ditangguhkan

Sementara itu, Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley KL dalam kenyataan menyatakan semua tayangan di pawagam itu ditanggunghkan sementara kerana kebakaran.

Walaupun pawagam berkenaan tidak terbabit secara langsung dengan kebakaran, GSC bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengurusan kompleks untuk memastikan keselamatan orang ramai.

“Kami akan memberikan pulangan terhadap semua tiket yang sudah dibeli. Jika anda beli tiket secara dalam talian, anda akan diberi pulangan secara automatik.

“Bagi tiket dibeli di kaunter, sila simpan tiket dan dapatkan pulangan secara manual dalam tempoh tujuh hari.

“Kami kesal dengan sebarang kesulitan. Keselamatan orang ramai adalah keutamaan kami,” kata kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *