Connect with us

Terkini

Malaysia kutuk keras pencerobohan menteri Israel ke Masjidil Aqsa

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei, sambil menyifatkan perbuatan itu adalah provokasi dan pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia kutuk keras pencerobohan menteri Israel ke Masjidil Aqsa
Foto: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei, sambil menyifatkan perbuatan itu adalah provokasi dan pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
  • Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Malaysia mengulangi gesaan agar anggota masyarakat antarabangsa meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas provokasi dan pencerobohan berterusan yang memburukkan lagi keadaan.
  • “Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam Piagam dan segera menuntut rejim menghentikan tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei, sambil menyifatkan perbuatan itu adalah provokasi dan pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Malaysia mengulangi gesaan agar anggota masyarakat antarabangsa meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas provokasi dan pencerobohan berterusan yang memburukkan lagi keadaan.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam Piagam dan segera menuntut rejim menghentikan tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin, dan menuntut hak mereka yang sah untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Media melaporkan bahawa pada Ahad (21 Mei), Ben-Gvir menceroboh masjid Al-Aqsa untuk kali kedua sejak memegang jawatan itu dan mengisytiharkan bahawa Israel “bertanggungjawab” ke atas tapak suci Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin mengecam tindakan itu dan ketegangan terus berlanjutan antara Israel dan Palestin.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *