Antarabangsa
(VIDEO) Lelaki ‘Hulk’ mengamuk di Taiwan
Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.
- Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.
- China Times melaporkan lelaki itu berbadan separuh bogel sambil menjerit umpama watak fiksyen adiwira “Hulk”.
- Difahamkan lelaki bernama Zhu itu memasuki kedai tersebut dan menyatakan niat membunuh diri, lalu mula membaling barangan.
- Dia hilang kawalan dan menyerang dua anggota polis, menyebabkan seorang darinya mengalami konkusi ringan di bahagian otak dan seorang lagi cedera di bahagian muka.
Seorang lelaki berusia 28 tahun yang ingin bunuh diri mengamuk dan memecahkan barangan di sebuah kedai di bandar Taoyuan, Taiwan, pada 20 Mei lalu.
China Times melaporkan lelaki itu berbadan separuh bogel sambil menjerit umpama watak fiksyen adiwira “Hulk”.
Dia bukan sahaja memecahkan barangan di kedai, malahan mencederakan dua anggota polis yang cuba menenangkannya.
Insiden itu direkodkan dalam sebuah video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial kemudiannya.
View this post on Instagram
Dalam video itu, kelihatan lelaki bernama Zhu itu berbadan separuh bogel dan hanya memakai seluar pendek kuning cair. Dia menjatuhkan barangan kedai sambil menjerit.
Pekerja di kedai itu dan polis dipukul olehnya sehingga anggota polis tidak dapat mendekatinya.
Difahamkan, Zhu memasuki kedai itu dan menyatakan niatnya untuk membunuh diri, lalu mula membaling barangan. Polis tiba di tempat kejadian dalam masa 10 minit selepas menerima laporan.
Pada mulanya, Zhu hilang kawalan dan menyerang dua anggota polis, menyebabkan seorang darinya mengalami konkusi ringan di bahagian otak dan seorang lagi cedera di bahagian muka. Kedua-duanya dihantar ke hospital untuk rawatan.
Polis berkata Zhu akhirnya berjaya dikawal dengan menggunakan air cili dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Difahamkan, Zhu tidak meminum alkohol dan akan disiasat atas tuduhan kerosakan, kecederaan dan menghalang tugas pihak berkuasa.
Sumber: China Times