Antarabangsa
Lagi mayat pengikut ajaran sesat ditemui, meningkat kepada 226 mangsa
Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian akibat amalan ajaran sesat yang menggesa pengikutnya mati kelaparan meningkat kepada 226, selepas 15 mayat lagi ditemui.

- Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian akibat amalan ajaran sesat yang menggesa pengikutnya mati kelaparan meningkat kepada 226, selepas 15 mayat lagi ditemui.
- Kumpulan penyiasat sedang meneliti kawasan persembunyian hutan kumpulan ajaran itu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Good News International Church’, terletak berhampiran bandar Malindi di Lautan Hindi.
- Sementara itu, menurut penyiasat, berdasarkan 112 bedah siasat yang dijalankan setakat ini, kebanyakannya menunjukkan mangsa mati kelaparan, manakala mangsa lain termasuk kanak-kanak, menunjukkan kesan dicekik, lemas atau dipukul.
- Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu, beberapa mayat dikeluarkan organnya, dengan polis mendakwa suspek terbabit dalam aktiviti penyeludupan organ dan anggota badan.
NAIROBI: Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian akibat amalan ajaran sesat yang menggesa pengikutnya mati kelaparan meningkat kepada 226, selepas 15 mayat lagi ditemui.
Kumpulan penyiasat sedang meneliti kawasan persembunyian hutan kumpulan ajaran itu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Good News International Church’, terletak berhampiran bandar Malindi di Lautan Hindi.
Pesuruhjaya Wilayah, Rhoda Onyancha, berkata pengasas ajaran itu, Paul Nthenge Mackenzie, didakwa menghasut pengikutnya supaya berpuasa hingga mati untuk bertemu tuhan.
“Akibat daripada amalan itu, 14 mayat ditemui selepas penggalian dilakukan, manakala seorang lagi ditemui di dalam hutan manakala seorang lagi ditemui masih bernyawa oleh pasukan kecemasan,” katanya kepada AFP
Onyancha berkata, sehingga kini seramai 26 individu termasuk Mackenzie dan ‘pasukan penguatkuasa’ ajaran itu yang ditugaskan untuk memastikan tiada pengikut berbuka puasa atau meninggalkan kawasan persembunyian hutan itu ketika masih hidup.
Sementara itu, menurut penyiasat, berdasarkan 112 bedah siasat yang dijalankan setakat ini, kebanyakannya menunjukkan mangsa mati kelaparan, manakala mangsa lain termasuk kanak-kanak, menunjukkan kesan dicekik, lemas atau dipukul.
Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu, beberapa mayat dikeluarkan organnya, dengan polis mendakwa suspek terbabit dalam aktiviti penyeludupan organ dan anggota badan.
Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki, bagaimanapun menegaskan kepada media bahawa perkara itu masih dalam siasatan.
Susulan kes itu, Presiden William Ruto, menubuhkan sebuah suruhanjaya penyiasatan terhadap kematian, serta pasukan petugas untuk menyemak peraturan yang mengawal badan agama. – AFP
Sumber: Berita harian

You must be logged in to post a comment Login