Terkini
Kerajaan tidak bersuara agenda dakyah agama lain kepada penganut Islam – Tun Faisal
‘Kerajaan Perpaduan’ didakwa tidak bersuara apabila terdapat agenda hendak mendakyahkan agama lain kepada penganut beragama Islam, kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
- ‘Kerajaan Perpaduan’ didakwa tidak bersuara apabila terdapat agenda hendak mendakyahkan agama lain kepada penganut beragama Islam.
- Kelantangan bersuara dalam kalangan pemimpin-pemimpin kabinet mengenai isu pendidikan Melayu dan pendidikan Islam juga dipersoalkan.
- “Sekarang ini mereka sibuk dengan jamuan raya.. tak bercakap juga hal-hal kesusahan rakyat dan kegagalan PM10 dan kerajaan,” kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
- “Ada mereka bersuara? Mereka masih bermewah-mewah bersama kelompok masing-masing sampai tak ada suara,” katanya.
KUALA LUMPUR – ‘Kerajaan Perpaduan’ didakwa tidak bersuara apabila terdapat agenda hendak mendakyahkan agama lain kepada penganut beragama Islam, kata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau turut mempersoalkan hak bersuara dalam kalangan pemimpin-pemimpin kabinet mengenai pendidikan Melayu dan pendidikan Islam yang dilihat menyepi dalam isu berkenaan.
“Ada mereka bersuara tentang kesulitan rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, harga barang yang naik mendadak, OPR yang tak turun-turun, permintaan rakyat yang terdesak untuk keluarkan KWSP, harga telur yang tak turun-turun malah dah macam luar kawalan bila peniaga boleh jual pada harga sesuka hati mereka?,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Tun Faisal berkata rakyat melihat pemimpin-pemimpin sibuk dengan majlis berbuka sesama mereka dan jalan-jalan luar negara sebelum raya.
Menurutnya, mereka langsung tidak tahu kesulitan hidup rakyat semasa berpuasa dan juga sebelum raya.
“Sekarang ini mereka sibuk dengan jamuan raya sesama mereka dan tak bercakap juga hal-hal kesusahan rakyat dan kegagalan PM10 dan kerajaan.
“Ada mereka bersuara? Mereka masih bermewah-mewah bersama kelompok masing-masing sampai tak ada suara,” katanya.
Beliau mendakwa pemimpin-pemimpin kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hidup di bawah kepompong sendiri dan hanya berjuang demi kedudukan masing-masing sahaja. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Tun Faisal Ismail Aziz