Connect with us

Terkini

Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membina sistem pangkalan data mangsa banjir yang lebih sistematik bagi menarik lebih banyak penglibatan syarikat insurans dalam pelaksanaan Insurans Rahmah yang akan dilancarkan Jun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membina sistem pangkalan data mangsa banjir yang lebih sistematik bagi menarik lebih banyak penglibatan syarikat insurans dalam pelaksanaan Insurans Rahmah yang akan dilancarkan Jun ini.
  • Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi pangkalan data yang dibina dengan kerjasama pelbagai agensi itu, ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
  • “Data mangsa banjir itu akan dikumpul dari pusat bencana…KPDN akan bekerjasama dengan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) supaya data itu dapat diperkemas”, katanya selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 295 mangsa banjir monsun timur laut di daerah Dungun di Dewan Perbandaran Dungun, di sini pada Selasa.

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membina sistem pangkalan data mangsa banjir yang lebih sistematik bagi menarik lebih banyak penglibatan syarikat insurans dalam pelaksanaan Insurans Rahmah yang akan dilancarkan Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi pangkalan data yang dibina dengan kerjasama pelbagai agensi itu, ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

“Data mangsa banjir itu akan dikumpul dari pusat bencana…KPDN akan bekerjasama dengan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) supaya data itu dapat diperkemas.

“Kita tidak mahu berlakunya sasaran yang tidak tepat. Kelak nanti syarikat insurans akan lebih yakin untuk perkenalkan pakej mereka. Ketika ini sudah ada tiga syarikat insurans jenama besar menyatakan komitmen mereka untuk membantu mangsa bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 295 mangsa banjir monsun timur laut di daerah Dungun, di Dewan Perbandaran Dungun, di sini pada hari Selasa lalu.

Salahuddin berkata, awal minggu depan, syarikat insurans berkenaan akan mengemukakan pakej yang bersesuaian antaranya kerosakan melibatkan kenderaan dan kediaman.

Justeru itu, beliau menyeru penduduk yang tinggal di kawasan kerap berlaku banjir untuk tampil mendaftar bagi membantu melengkapkan pangkalan data mangsa banjir tersebut.

Advertisement

“Penduduk yang berminat menyertai Insurans Rahmah hanya perlu membayar caruman pada harga Rahmah yang rendah dan mendapat perlindungan dalam jumlah yang setimpal,” katanya. 

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending