Antarabangsa
India kekurangan doktor pada tahap kritikal
Masalah kekurangan doktor India kini berada di tahap serius dengan nisbah 0.7 bagi setiap 1,000 pesakit di negara paling ramai penduduk di dunia itu.
- Masalah kekurangan doktor India kini berada di tahap serius dengan nisbah 0.7 bagi setiap 1,000 pesakit di negara paling ramai penduduk di dunia itu.
- Perdana Menteri, Narendra Modi membina puluhan institut perubatan bagi rawatan khusus sejak beliau memegang jawatan pada 2014.
- Kerajaan juga mempunyai rancangan untuk membina sekurang-kurangnya satu hospital utama di setiap 761 daerah di India.
- Pada 1991, nisbah doktor kepada pesakit India mencecah rekod tertinggi 1.2 doktor bagi setiap 1,000 pesakit, namun apabila populasinya melonjak, nisbah itu menurun kepada kira-kira 0.7 pada 2020.
- Nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah satu bagi setiap 1,000 pesakit dan China, dengan populasi yang setanding dengan India, berada pada nisbah 2.4 doktor.
NEW DELHI: Masalah kekurangan doktor India kini berada di tahap serius dengan nisbah 0.7 bagi setiap 1,000 pesakit di negara paling ramai penduduk di dunia itu.
Perdana Menteri, Narendra Modi membina puluhan institut perubatan bagi rawatan khusus sejak beliau memegang jawatan pada 2014.
Kerajaan juga mempunyai rancangan untuk membina sekurang-kurangnya satu hospital utama di setiap 761 daerah di India.
Pada 1991, nisbah doktor kepada pesakit India mencecah rekod tertinggi 1.2 doktor bagi setiap 1,000 pesakit, namun apabila populasinya melonjak, nisbah itu menurun kepada kira-kira 0.7 pada 2020.
Nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah satu bagi setiap 1,000 pesakit dan China, dengan populasi yang setanding dengan India, berada pada nisbah 2.4 doktor.
Mac lalu, Menteri Kesihatan India, Mansukh Mandaviya memberitahu Parlimen bahawa India sebenarnya mempunyai nisbah satu doktor bagi setiap 834 pesakit.
Bagaimanapun, bilangan itu termasuk doktor yang mengamalkan perubatan tradisional seperti Ayurveda, Homoeopati dan Naturopati.
WHO dan kumpulan doktor seperti Persatuan Perubatan India memasukkan pengamal perubatan tradisional dalam pengiraan mereka.
Ketika merasmikan institut perubatan khusus pertama di timur laut India bulan lalu, Modi berkata, kerajaannya sudah berusaha menambah bilangan doktor dengan menubuhkan lebih banyak kolej perubatan.
“Kekurangan ini adalah penghalang utama kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti di India.
“Oleh itu, kerajaan dengan skala besar bekerja untuk meningkatkan infrastruktur dan bilangan profesional perubatan dalam tempoh sembilan tahun,” katanya.
Data kerajaan menunjukkan, bilangan hospital awam, tidak termasuk institut khusus, meningkat kira-kira sembilan peratus ketika zaman kegemilangan Modi.
Kerajaan menambah dua kali ganda bilangan pelajar Sarjana Muda di kolej swasta dan awam kepada 101,043 setakat Mac lalu daripada 51,348 sebelum 2014.
Lebih 1.76 juta pelajar menduduki ujian untuk kemasukan tahun lalu.
Menurut jawapan Kementerian Kesihatan pada Februari lalu di Parlimen, masih terdapat lebih 3,000 kekosongan doktor di 31 hospital kerajaan persekutuan yang besar, termasuk puluhan di institut khusus.
Kekosongan jawatan jururawat dan kakitangan sokongan lebih daripada 21,000. – Agensi
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober