Connect with us

Antarabangsa

Hamas ucap terima kasih pada Mesir jadi pengantara gencatan senjata

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berterima kasih kepada Mesir atas usaha sebagai perantara gencatan senjata selepas serangan ganas Israel ke atas Palestin. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hamas ucap terima kasih pada Mesir jadi pengantara gencatan senjata
Foto: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
  • Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berterima kasih kepada Mesir atas usaha sebagai perantara gencatan senjata selepas serangan ganas Israel ke atas Palestin. 
  • Gencatan senjata berkuat kuasa pada Sabtu, di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza selepas lima hari pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Jihad Islam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin.
  • Ia termasuk enam komander tertinggi Jihad Islam, apabila rejim Zionis melancarkan kempen menentang kumpulan itu, mendakwa sebagai serangan yang dirancang.
  • Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh juga memuji sokongan Iran terhadap konflik di Palestin, ketika serangan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang terkepung.

GAZA, 24 Syawal 1444H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berterima kasih kepada Mesir atas usaha sebagai perantara gencatan senjata selepas serangan ganas Israel ke atas Palestin. 

Gencatan senjata berkuat kuasa pada Sabtu, di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza selepas lima hari pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Jihad Islam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin.

Ia termasuk enam komander tertinggi Jihad Islam, apabila rejim Zionis melancarkan kempen menentang kumpulan itu, mendakwa sebagai serangan yang dirancang.

Pada masa sama, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh juga memuji sokongan Iran terhadap konflik di Palestin, ketika serangan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang terkepung.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ismail menghargai Bilik Gerakan Bersama Pejuang Palestin kerana mengawal keadaan di Gaza dan menghalang rejim Israel daripada mencapai matlamatnya, lapor rangkaian berita televisyen al-Mayadeen berbahasa Arab Lubnan.

Katanya, pejuang melalui Bilik Gerakan Bersama, mengambil inisiatif dan menjalankan operasi “Revenge of the Free”, menunjukkan keupayaan dan daya tahan mereka.

“Keteguhan kumpulan pejuang telah menggagalkan percubaan musuh, sama ada dengan memilih Briged al-Quds, sayap tentera gerakan pejuang Jihad Islam Palestin, atau mendorong perpecahan antara kumpulan penentangan,” katanya.

Beliau berkata bahawa perpaduan kumpulan pejuang adalah salah satu faktor terpenting dalam menggagalkan rancangan musuh, mempertahankan rakyat Palestin, melaksanakan taktik lapangan yang sesuai, dan menyerang wilayah yang diduduki dengan serangan roket balas.

Hamas turut merakamkan takziah atas pemergian para syuhada yang soleh, menekankan bahawa darah mereka tidak tertumpah dengan sia-sia dan bahawa perjuangan akan berterusan. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author