Connect with us

Terkini

Bapa tiri dipenjara 263 tahun disabitkan kesalahan rogol

Pengajar kelas renang dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya, di antara awal Januari 2020 hingga 14 Mac lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bapa tiri dipenjara 263 tahun disabitkan kesalahan rogol
Foto: Lelaki 36 tahun dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.
  • Pengajar kelas renang dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya, di antara awal Januari 2020 hingga 14 Mac lalu.
  • Hukuman diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3 hari ini, selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh berusia 36 tahun itu.
  • Kedua-dua hakim turut menimbangkan keseluruhan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa dan hujah pendakwaan dalam memutuskan hukuman.

MELAKA: Pengajar kelas renang dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya, di antara awal Januari 2020 hingga 14 Mac lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3 hari ini, selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh berusia 36 tahun itu.

Kedua-dua hakim turut menimbangkan keseluruhan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa dan hujah pendakwaan dalam memutuskan hukuman.

Tertuduh bagaimanapun hanya perlu menjalani pemenjaraan selama 35 tahun apabila hukuman ditetapkan berjalan secara berperingkat mengikut pertuduhan.

Terdahulu tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 12 pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376(2)(d) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) serta amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia juga mengaku salah atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Semua kesalahan itu dilakukan terhadap seorang remaja perempuan kini berusia 16 tahun di antara Januari 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Taman Maju Jasin.

Seksyen 376(2)(d) dan Seksyen 376(1) masing-masing memperuntuk hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan dan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan, manakala kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, N Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim yang menjalankan pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan kerana mangsa kini trauma dan mengalami kebimbangan melampau akibat perbuatan tertuduh.

Pendakwaan turut membacakan keterangan impak mangsa yang menimbulkan suasana pilu antara lain mendedahkan mangsa berasa perit, jijik pada diri sendiri akibat peristiwa hitam menjadi pemuas nafsu bapa tiri hampir setiap hari sejak Januari 2020 ketika berusia 13 tahun.

Sivashangari sendiri turut sebak dan tidak dapat meneruskan pembentangan keterangan impak mangsa dan terpaksa diganti oleh Aliff Asraf.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan ditemani isteri merayu hukuman ringan atas alasan mempunyai anak kecil serta perlu menjaga ayah yang sakit.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun penjara berserta satu sebatan bagi setiap kesalahan rogol; penjara tujuh tahun dan satu sebatan (seks guna objek) dan penjara enam tahun (amang seksual).

Tertuduh juga diperintah menjalani kaunseling pemulihan sepanjang hukuman selama tiga tahun serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun, selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *