Antarabangsa
Wartawan AS ditahan ‘secara salah’ di Rusia, didakwa mengintip
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menyifatkan wartawan AS Evan Gershkovich ditahan ‘secara salah’ di Rusia, kata jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menyifatkan wartawan AS Evan Gershkovich ditahan ‘secara salah’ di Rusia, kata jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
- “Kewartawanan bukan jenayah. Kami mengecam penindasan berterusan Kremlin terhadap kebebasan bersuara di Rusia serta perang berterusannya terhadap kebenaran,” kata Patel.
- Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal ditahan kerana didakwa mengintip. Dia ditahan pada Mac oleh perkhidmatan perisikan FSB Rusia di Yekaterinburg.
- Gershkovich akan ditahan sehingga 29 Mei dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Washington: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menyifatkan wartawan AS Evan Gershkovich ditahan ‘secara salah’ di Rusia, kata jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kewartawanan bukan jenayah. Kami mengecam penindasan berterusan Kremlin terhadap kebebasan bersuara di Rusia serta perang berterusannya terhadap kebenaran,” kata Patel.
Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal, ditahan kerana didakwa mengintip. Dia ditahan pada Mac oleh perkhidmatan perisikan FSB Rusia di Yekaterinburg.
Berikutan itu, kes Gershkovich dirujuk ke pejabat Duta Khas untuk Hal Ehwal Tebusan.
Blinken sebelum ini berkata “tidak syak lagi bahawa (Gershkovich) ditahan secara salah oleh Rusia.”
Semasa ditahan, Gershkovich sedang menulis laporan tentang sikap penduduk terhadap percubaan merekrut anggota tentera swasta Wagner, menurut laporan media.
Sejak Rusia menyerang Ukraine 13 bulan lalu, Moscow telah menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar dengan ketara di negara itu.
Gershkovich akan ditahan sehingga 29 Mei dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Kes itu menambah lagi ketegangan dalam hubungan antara Moscow dan Washington.
Washington juga sedang berusaha untuk membebaskan Paul Whelan, seorang lagi warga AS yang dipenjarakan di Rusia pada 2018.
Sumber: Harian Metro