Antarabangsa
Pukul anak perempuan peluk Islam, bapa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun
Seorang wanita berusia 24 tahun berada di bilik mahkamah Volos dengan kolar dan keadaan mukanya yang cacat akibat dipukul bapanya yang berusia 50 tahun kerana dia memeluk Islam.
- Seorang wanita berusia 24 tahun berada di bilik mahkamah Volos dengan kolar dan keadaan mukanya yang cacat akibat dipukul bapanya yang berusia 50 tahun.
- Insiden itu terjadi kerana wanita itu memilih untuk bertudung selepas memeluk Islam.
- “Dia memukul saya selama 20 minit dalam keadaan geram kerana dia tidak mahu saya bertudung,” katanya semasa memberi keterangan di mahkamah ketika bapanya menangis.
- Akibat perbuatan itu, bapanya, yang juga seorang petani, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.
VOLOS – Seorang wanita berusia 24 tahun berada di bilik mahkamah Volos dengan kolar dan keadaan mukanya yang cacat akibat dipukul bapanya yang berusia 50 tahun kerana dia memeluk Islam.
Menurut laporan Greek City Times, wanita itu, yang kini bekerja di makmal penyelidikan perubatan di sebuah universiti di Great Britain iaitu tempat dia mempelajari bioperubatan, memfailkan aduan terhadap bapanya kerana memukulnya.
“Dia memukul saya selama 20 minit dalam keadaan geram kerana dia tidak mahu saya bertudung,” katanya semasa memberi keterangan di mahkamah ketika bapanya menangis.
Dalam pada itu, peguam daerah, Cik Papakosta mempertahankan hak yang jelas bagi setiap orang untuk mempercayai apa sahaja tuhan yang mereka mahukan.
Bapanya, seorang petani berusia 50 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.
Wanita muda itu muncul di ruang mahkamah dengan memakai topeng yang tidak menyembunyikan kecacatan pada wajahnya pada Selasa lalu.
Selain itu, sebelah matanya juga tidak kelihatan disebabkan radang dialaminya akibat perbuatan bapanya.
Sumber: Greek City Times