Connect with us

Antarabangsa

Pelajar wanita Muslim dipaksa ikuti kelas renang dengan burkini

Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City dipaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang di sekolah mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Pelajar wanita Muslim dipaksa ikuti kelas renang dengan burkini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City terpaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang.
  • Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan baharu itu, maka akan berdepan dengan risiko tidak dapat menamatkan pengajian kelak.
  • Beberapa pelajar perempuan tidak berasa selesa memakai burkini di hadapan lawan jenis. – Penolong Pengetua Pendidikan Jasmani Sekolah, Brian Moran.
  • “Pakaian renang akan melekat pada badan apabila anda meninggalkan kolam renang, jadi ia masih janggal,” kata salah seorang pelajar Muslim,16.
  • “Agak tidak selesa pada mulanya kerana saya tidak biasa rapat dengan lelaki,” – Pelajar baru. Sarzil Chowdhury,14.

AMERIKA SYARIKAT – Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City dipaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang di sekolah mereka.

Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan baharu itu, maka akan berdepan dengan risiko tidak dapat menamatkan pengajian kelak.

Pelajar-pelajar terbabit memprotes dan terpaksa mempertaruhkan kesopanan mereka untuk memenuhi keperluan itu.

Mereka enggan menghadiri aktiviti kokurikulum itu, mengatakan lebih rela mengambil risiko digagalkan daripada menggadaikan kepercayaan mereka.

“Saya mengenali gadis-gadis yang baru sahaja gagal sekarang,” kata seorang pelajar tahun kedua kepada The New York Post.

Penolong Pengetua Pendidikan Jasmani Sekolah, Brian Moran berkata beberapa pelajar perempuan tidak berasa selesa memakai burkini di hadapan lawan jenis.

“Pakaian renang akan melekat pada badan apabila anda meninggalkan kolam renang, jadi ia masih janggal,” kata salah seorang pelajar Muslim,16.

Seorang lagi pelajar, Tasnim Chowdhury berkata dia tidak selesa berenang dengan kanak-kanak lelaki sebagai seorang Muslim dan ia sangat sukar baginya.

“Saya tidak percaya sekolah akan mengubahnya kerana ia telah menjadi bahagian asas Stuy, dan kini ia berubah secara tiba-tiba,” katanya.

Pelajar baru Sarzil Chowdhury, 14, pula berkata tdak begitu menyukai pakaian renang jenis burkini itu.

“Agak tidak selesa pada mulanya kerana saya tidak biasa rapat dengan lelaki,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Rakyat Palestin di Lubnan sedia berperang jika Israel serang habis-habisan Hizbullah

Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.
  • Ia termasuk tindakan berjuang menyokong Hizbullah dan “paksi penentangan” lebih luas di rantau itu bagi menentang Israel.
  • Bagaimanapun, mereka turut bimbang akan keselamatan keluarga dan penduduk awam sekiranya rejim Israel menyasarkan kawasan berpenduduk padat Lubnan seperti kem-kem di Palestin di mana puluhan ribu orang tinggal dalam kawasan yang sesak.
  • Di Shatila, beberapa lelaki Palestin berkata rakan sebaya mereka akan menyertai perjuangan bersenjata menentang Israel jika perang lebih luas dilancarkan terhadap Hizbullah.
  • Mereka memberitahu bahawa Hamas telah merekrut ribuan dalam kalangan penyokongnya dan komuniti yang berkaitan dengan Fatah, iaitu pihak lawan diketuai Mahmoud Abbas, yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.

Ia termasuk tindakan berjuang menyokong Hizbullah dan “paksi penentangan” lebih luas di rantau itu bagi menentang Israel.

Bagaimanapun, mereka turut bimbang akan keselamatan keluarga dan penduduk awam sekiranya rejim Israel menyasarkan kawasan berpenduduk padat Lubnan seperti kem-kem di Palestin di mana puluhan ribu orang tinggal dalam kawasan yang sesak.

Di Shatila, beberapa lelaki Palestin berkata rakan sebaya mereka akan menyertai perjuangan bersenjata menentang Israel jika perang lebih luas dilancarkan terhadap Hizbullah.

Mereka memberitahu bahawa Hamas telah merekrut ribuan dalam kalangan penyokongnya dan komuniti yang berkaitan dengan Fatah, iaitu pihak lawan diketuai Mahmoud Abbas, yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Rakyat Palestin di Lubnan menyaksikan serangan Israel ke atas Gaza dengan kemarahan membara dan kini berdepan kemungkinan sama jika Israel melancarkan perang habis-habisan terhadap kumpulan Lubnan, Hizbullah.

Hizbullah melibatkan dirinya menyerang Israel hampir sejurus selepas negara zionis itu memulakan serangannya ke atas Gaza yang membunuh lebih 37,000 orang dan pengusiran hampir keseluruhan penduduknya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending