Connect with us

Terkini

KPT beri tumpuan pergiat program tingkat kebolehpasaran graduan – Khaled

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Wartawan TMT

Published

on

KPT beri tumpuan pergiat program tingkat kebolehpasaran graduan – Khaled
Foto: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
  • Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu susulan lambakan jumlah graduan berbanding kadar permintaan industri pada masa ini.
  • “Kalau kita lihat dalam bidang perubatan, universiti awam hanya mengeluarkan 1,300 graduan pelajar perubatan setahun. Dicampur jumlah graduan universiti swasta, angka keseluruhan pelajar perubatan tidak melebihi 3,000 graduan.”
  • “Banyak juga graduan luar negara dalam bidang perubatan dan kita tidak boleh halang jika pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diinginkan,” katanya pada sidang media di Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu susulan lambakan jumlah graduan berbanding kadar permintaan industri pada masa ini.

Mengambil contoh bidang perubatan, beliau berkata cabaran yang dihadapi kini bersifat menyeluruh meliputi aspek peluang pekerjaan dalam industri, pelaburan dan pentadbiran kerajaan semasa.

“Kalau kita lihat dalam bidang perubatan, universiti awam hanya mengeluarkan 1,300 graduan pelajar perubatan setahun. Dicampur jumlah graduan universiti swasta, angka keseluruhan pelajar perubatan tidak melebihi 3,000 graduan.

“Banyak juga graduan luar negara dalam bidang perubatan dan kita tidak boleh halang jika pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diinginkan,” katanya pada sidang media di Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini.

Mohamed Khaled berkata graduan juga perlu dibekalkan dengan ilmu keusahawanan bagi membolehkan golongan itu menjana pendapatan dan bukan hanya bergantung kepada proses pencarian kerja.

Mengulas mengenai langkah kerajaan mengawal aktiviti melibatkan politik di universiti, beliau percaya bahawa Naib Canselor di sesebuah universiti mampu memainkan peranan bagi mengawal dan melakukan imbangan terhadap perkara itu.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) yang melibatkan majlis penandatanganan memorandum persefahaman antara KPT dan SC.

Beliau juga menggesa agar pihak universiti turut sama terlibat secara lebih agresif dalam menggerakkan pelbagai usaha bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Anwar ada 6 bulan buat perubahan atau bakal ‘dijatuhkan’ – Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.

Hidayah Sani

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus
  • “Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun,  kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.
  • “Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real,” kata Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata perhimpunan itu diadakan untuk memberi amaran pertama kepada Anwar, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.
  • Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan  selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya.

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.

Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata Anwar telah menyusahkan rakyat sepanjang tempoh 18 bulan pemerintahannya.

Beliau berkata pihaknya menganjurkan perhimpunan tolak Anwar pada hari ini untuk memberikan amaran pertama kepada Perdana Menteri itu, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.

“Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun,  kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.

“Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real.

“Kalau dia rasa apa yang jadi sebelum ni adalah benda yang dah hebat kita boleh buat, kita telah buktikan ia hari ini bila kita buat (perhimpunan) di luar (kediaman rasmi dia) anda boleh nampak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Menerusi perhimpunan itu, terdapat lapan tuntutan dikemukakan terhadap Anwar antaranya mengembalikan semula subsidi diesel, mengembalikan beras putih tempatan (BPT) di pasaran, membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menangani kenaikan kos sara hidup.

Tuntutan lain termasuk menyelamatkan sistem kesihatan negara, memberi peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen pembangkang dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.

Perkara itu dikemukakan beberapa individu, termasuk aktivis politik, pempengaruh media sosial, wakil pencarum KWSP dan beberapa pemimpin politik tempatan.

Aidil Yunus yang juga dikenali ‘YB Viral’ berkata tempoh 30 hari diberikan kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun untuk memberi maklum balas terhadap lapan tuntutan di perhimpunan berkenaan.

Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan  selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending