Antarabangsa
Kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al-Aqsa wajib dihormati – MFA Singapura
Semua pihak mesti menghormati kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman khususnya pada bulan Ramadan yang mulia, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA).
- Semua pihak mesti menghormati kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman khususnya pada bulan Ramadan yang mulia, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA).
- “Kami mengutuk serangan roket ke atas Israel serta serangan berasingan di Tel Aviv dan Lembah Jordan yang mengorbankan nyawa orang awam.
- “Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera pulih,” kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan di sini, pada selasa.
SINGAPURA – Semua pihak mesti menghormati kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman khususnya pada bulan Ramadan yang mulia, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA).
MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan “kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin.”
“Kami mengutuk serangan roket ke atas Israel serta serangan berasingan di Tel Aviv dan Lembah Jordan yang mengorbankan nyawa orang awam.
“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera pulih,” kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan media mengenai situasi di Israel dan wilayah Palestin.
“Kami menggesa semua pihak untuk meredakan ketegangan demi mengelakkan korban nyawa seterusnya,” kata jurucakap itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat serangan itu setakat ini.
Sumber: Bernama