Antarabangsa
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan kemanusian – UNICEF
SEKURANG-KURANGNYA 2.5 juta kanak-kanak di Turkiye masih memerlukan bantuan kemanusiaan dan berisiko jatuh miskin, menjadi buruh kanak-kanak atau terjebak perkahwinan bawah umur.
- Sekurang-kurangnya 2.5 juta kanak-kanak di Turkiye memerlukan bantuan kemanusiaan dan berisiko jatuh miskin, menjadi buruh kanak-kanak atau terjebak perkahwinan bawah umur.
- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat melanda Turkiye dan utara Syria.
- Wakil UNICEF, Regina De Dominicis berkata, walaupun tindak balas kemanusiaan pantas dan ketara, tetapi realitinya masa depan jutaan kanak-kanak masih tidak menentu.
- Keadaan itu ditambah dengan ketidakupayaan keluarga untuk memulakan semula kehidupan mereka selepas berdepan detik sukar tersebut.
SEKURANG-KURANGNYA 2.5 juta kanak-kanak di Turkiye masih memerlukan bantuan kemanusiaan dan berisiko jatuh miskin, menjadi buruh kanak-kanak atau terjebak perkahwinan bawah umur.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Wakil UNICEF di Turkiye, Regina De Dominicis berkata, walaupun tindak balas kemanusiaan adalah pantas dan ketara, tetapi realitinya ialah masa depan jutaan kanak-kanak masih tidak menentu.
Keadaan itu ditambah dengan ketidakupayaan keluarga untuk memulakan semula kehidupan mereka selepas berdepan detik sukar tersebut.
Jelas Regina lagi, sokongan yang lebih banyak adalah penting untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan keperluan mereka dipenuhi sebagai bahagian utama proses pemulihan.
Setakat ini, UNICEF bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk mencegah perpisahan sesama anggota keluarga dan menyokong penyatuan semula lebih 149,000 kanak-kanak dan penjaga dengan sokongan psikososial.
Sumber: Astro Awani