Connect with us

Terkini

Ganti skim pencen dengan caruman KWSP

Kerajaan dicadang untuk meminda akta pencen kakitangan perubatan kontrak supaya mereka semua boleh diserap ke jawatan tetap dengan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ganti skim pencen dengan caruman KWSP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan dicadang untuk meminda akta pencen kakitangan perubatan kontrak supaya mereka semua boleh diserap ke jawatan tetap dengan melaksanakan caruman KWSP.
  • Seorang doktor kontrak di sebuah hospital kerajaan, Dr. Bryan berkata, kaedah itu boleh dijadikan sebagai alternatif jika kerajaan berpendapat bahawa pemberian pencen kepada doktor kontrak akan membebankan.
  • “Jika kerajaan rasa pemberian pencen membebankan, pinda akta dan serap mereka semua ke jawatan tetap dengan caruman KWSP,” katanya kepada Kosmo!

PETALING JAYA – Kerajaan dicadang untuk meminda akta pencen kakitangan perubatan kontrak supaya mereka semua boleh diserap ke jawatan tetap dengan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seorang doktor kontrak di sebuah hospital kerajaan, Dr. Bryan berkata, kaedah itu boleh dijadikan sebagai alternatif jika kerajaan berpendapat bahawa pemberian pencen kepada doktor kontrak akan membebankan.

“Doktor kontrak memang dicarum KWSP dan tak dapat pencen. Kalau tetap, boleh pilih nak KWSP atau pencen.

“Jika kerajaan rasa pemberian pencen membebankan, pinda akta dan serap mereka semua ke jawatan tetap dengan caruman KWSP,” katanya kepada Kosmo!.

Dr. Bryan turut mempertikaikan kadar elaun ‘on-call’ yang hanya dibayar sebanyak RM9 sejam kerana nilai tersebut sudah tidak relevan pada masa kini.

“Kerja hujung minggu 24 jam, bayaran hanya RM220. Jadi ikut jam nilainya kira-kira RM9 sejam. Memang tak berbaloi sebab kalau pergi kerja luar boleh dapat paling kurang RM40 per jam,” ujarnya.

Sebelum ini Kosmo! mela­porkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap kakitangan perubatan kontrak kepada jawatan tetap tanpa pencen.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, perbincangan itu dibuat bagi menangani beban kerja yang melebihi kapasiti sedia ada selain mengurangkan beban skim pencen yang ditanggung negara.

Jemaah Menteri juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu berkaitan doktor kontrak yang menjadi topik hangat diperkatakan ketika ini.

Sumber: Kosmo

Author