Terkini
FSA2 KWSP: Hanya untuk pencarum mampu bayar balik – Felo Penyelidik
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak seharusnya digalakkan untuk pinjaman penggunaan sebaliknya ia sesuai untuk pinjaman menampung modal pusingan jangka pendek umpamanya.
- Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak seharusnya digalakkan untuk pinjaman penggunaan sebaliknya ia sesuai untuk pinjaman menampung modal pusingan jangka pendek umpamanya.
- Peminjam mesti mempunyai aliran tunai mencukupi untuk membuat bayaran balik. – Felo Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Universiti Malaya (UM), Dr Zulkiply Omar
- “Jika tidak mereka akan dibebani risiko ketidakmampuan menyelenggarakan hutang mereka.”
- “Justeru, saya berpandangan fasiliti berkenaan tidak harus dipermudahkan untuk peminjam yang tiada kemampuan untuk membuat bayaran balik berkala.”
- “Jika tidak, ia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pencarum apabila mereka bersara kelak, malah memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi semasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Kuala Lumpur: Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak seharusnya digalakkan untuk pinjaman penggunaan sebaliknya ia sesuai untuk pinjaman menampung modal pusingan jangka pendek umpamanya.
Felo Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Universiti Malaya (UM), Dr Zulkiply Omar berkata, peminjam mesti mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membuat bayaran balik.
“Jika tidak mereka akan dibebani risiko ketidakmampuan menyelenggarakan hutang mereka.
“Justeru, saya berpandangan fasiliti berkenaan tidak harus dipermudahkan untuk peminjam yang tiada kemampuan untuk membuat bayaran balik berkala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zulkiply berkata, ia secara langsung dapat memastikan pencarum tidak dibelenggu masalah lain sehingga keadaan semakin serius.
Menurutnya, permohonan fasiliti itu dilihat untuk mereka yang terdesak sepenuhnya tetapi masih mempunyai kemampuan untuk membayar semula kepada institusi kewangan.
Katanya, ia sekali gus dapat memastikan tujuan asal KWSP sebagai simpanan masa tua pencarum terus dikekalkan.
“Jika tidak, ia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pencarum apabila mereka bersara kelak, malah memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi semasa.
“Kepada yang membuat pinjaman semata-mata untuk berbelanja dan tiada kemampuan untuk membuat bayaran balik secara berkala nanti, tidak harus dipermudahkan.
“Kalau tidak mereka akan menghadap risiko ‘default’ (tidak mampu dan lalai untuk membayar pinjaman),” katanya.
Sumber: Harian Metro