Antarabangsa
Empat ditahan kerana merotan, merejam wanita lakukan hubungan luar nikah
Seorang ulama Islam dan tiga penduduk kampung ditangkap atas dakwaan mengarahkan seorang wanita dirotan serta direjam selepas dia dituduh melakukan hubungan luar nikah.

- Seorang wanita dirotan dengan 82 sebatan dan direjam 80 kali dengan kepingan bata kecil selepas dia dituduh melakukan hubungan luar nikah.
- Inspektor polis Zakir Hossain berkata pihaknya menahan empat individu selepas ‘mangsa’ memfailkan kes jenayah pada 7 April lalu terhadap 17 suspek.
- Beliau memberitahu Al Jazeera bahawa kes itu difailkan di bawah Akta Pencegahan Penindasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak Bangladesh.
- “Suami mangsa juga mencari keadilan atas apa yang berlaku kepada isterinya,” kata Hossain.
- Wanita yang dituduh melakukan hubungan luar nikah itu berkata dia menjadi “mangsa ketidakadilan yang dahsyat”.
BANGLADESH – Seorang ulama Islam dan tiga penduduk kampung ditangkap atas dakwaan mengarahkan seorang wanita dirotan serta direjam selepas dia dituduh melakukan hubungan luar nikah.
Wanita itu dirotan dengan 82 sebatan dan direjam 80 kali dengan kepingan bata kecil selepas seorang imam mengeluarkan fatwa dan perintah agama, menghukum ‘mangsa’ minggu lalu.
Inspektor polis Zakir Hossain berkata pada pihaknya menahan empat individu selepas mangsa memfailkan kes jenayah pada 7 April lalu terhadap 17 suspek.
Beliau memberitahu Al Jazeera bahawa kes itu difailkan di bawah Akta Pencegahan Penindasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak Bangladesh.
“Selepas pemfailan kes, kami menahan ulama tempatan yang memberi fatwa. Kami juga menahan tiga orang tua kampung lain yang mengambil bahagian dalam majlis tidak rasmi, yang dikenali sebagai ‘shalish’.
“Majlis kampung mengarahkan hukuman sebat dan rejam atas nama undang-undang Syariah selepas mangsa dituduh melakukan hubungan luar nikah,” kata Hossain.
Katanya, mangsa yang berusia 30 tahun itu didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pemandu beca tempatan.
Suaminya, katanya, bekerja di negara Teluk Oman dan pulang ke rumah selepas kejadian itu dilaporkan.
“Suami mangsa juga mencari keadilan atas apa yang berlaku kepada isterinya,” kata Hossain.
Wanita terbabit berkata dia menjadi “mangsa ketidakadilan yang dahsyat”.
“Saya tidak dapat menyatakan dalam bahasa apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya.
Sumber: Al Jazeera

You must be logged in to post a comment Login