Connect with us

Terkini

Doktor kontrak berhak untuk mogok – Hartal Doktor Kontrak

Hartal Doktor Kontrak berpendapat yang doktor kontrak berhak untuk melakukan bantahan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Doktor kontrak berhak untuk mogok – Hartal Doktor Kontrak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hartal Doktor Kontrak nafi terlibat dengan Mogok Doktor Kontrak, namun tidak menafikan hak kelompok terbabit untuk membantah.
  • Demikian kenyataan sekretariat gerakan itu yang dikeluarkan hari ini susulan mogok doktor kontrak yang dilaporkan akan bermula hari ini selama tiga hari.
  • Dikatakan seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan sebagai tanda mogok.

KUALA LUMPUR – Hartal Doktor Kontrak berpendapat yang doktor kontrak berhak untuk melakukan bantahan.

Demikian kenyataan dikeluarkan sekretariat gerakan itu susulan Mogok Doktor Kontrak yang dilaporkan bermula hari ini sehingga 5 April 2023.

“Walaupun kami tidak terlibat, kami percaya ia adalah hak mereka untuk membantah dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka impak bantahan tersebut,” kata kenyataan sekretariat Hartal Doktor Kontrak di sini hari ini.

Mereka juga telah menjelaskan pendirian itu kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan media selain kekal dengan pendirian tersebut.

Foto: Kenyataan media Hartal Doktor Kontrak.

“Kami berharap penjagaan pesakit tidak terjejas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh disambung semula setelah bantahan selesai”.

Dalam pada itu, Hartal Doktor Kontrak menggesa Dr Zaliha untuk memasukkan mereka sebagai ahli jawatankuasa mewakili doktor kontrak dalam jawatankuasa peringkat tinggi baharu menangani masalah doktor kontrak yang disebut menteri berkenaan baru-baru ini.

“Tanpa perwakilan yang sewajarnya, jawatankuasa itu tidak akan menyelesaikan isu ini dengan berkesan dan akan menjadi sama seperti beberapa jawatankuasa terdahulu yang meneliti isu ini,” kata gerakan itu.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini.

Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Pihak terbabit dikatakan tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *