Connect with us

Antarabangsa

Dakwa diri Tuhan, bunuh sembilan individu termasuk kanak-kanak di sekolah

Mahkamah Rusia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Ilnaz Galyaviev kerana membunuh sembilan individu di sebuah sekolah di bandar barat Kazan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dakwa diri Tuhan, bunuh sembilan individu termasuk kanak-kanak di sekolah
Foto: Ilnaz Galyaviev (tengah).
  • Mahkamah Rusia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Ilnaz Galyaviev kerana membunuh sembilan individu di sebuah sekolah di bandar barat Kazan.
  • “Galyaviev mengakui sepenuhnya kesalahannya dan bertaubat,” – Jawatankuasa Siasatan Rusia.
  • Dia membunuh sembilan orang termasuk tujuh kanak-kanak.
  • Penyiasat berkata Galyaviev berusaha meniru tindakan ahli subbudaya semasa membuat serangan yang dia pelajari di Internet.
  • Semasa siasatan, Galyaviev mendakwa dia Tuhan dan mempunyai raksasa dalam dirinya.

Moscow: Mahkamah Rusia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Ilnaz Galyaviev kerana membunuh sembilan individu di sebuah sekolah di bandar barat Kazan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia yang menyiasat jenayah serius, mengesahkan keputusan itu.

“Galyaviev mengakui sepenuhnya kesalahannya dan bertaubat,” kata jawatankuasa itu.

Berbekalkan senapang patah dan bahan letupan, Galyaviev, 19, melepaskan tembakan di Sekolah Nombor 175 di Kazan, Mei 2021.

Dia membunuh sembilan orang termasuk tujuh kanak-kanak.

Penyiasat berkata, Galyaviev berusaha meniru tindakan ahli subbudaya semasa membuat serangan yang dia pelajari di Internet.

Semasa siasatan, Galyaviev mendakwa dia adalah Tuhan dan dia mempunyai ‘raksasa’ dalam dirinya.

Jawatankuasa Penyiasatan berkata, dia didapati berfikiran waras dan layak untuk dibicarakan.

Tembakan awam di Rusia jarang berlaku, namun semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2018, Putin berkata, globalisasi adalah penyebab pembunuhan beramai-ramai di sekolah di mana seorang remaja menembak 19 orang sebelum membunuh dirinya sendiri.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *