Terkini
Waspada khat al-Quran salah makna
Masih ada segelintir peniaga dan pembekal perhiasan khat al-Quran tidak menyemak dengan teliti sesuatu ayat al-Quran sebelum membuat tempahan daripada pengeluar.

- Ini susulan penemuan bingkai gambar dan pelbagai perhiasan ayat suci itu dibuang di tepi jalan dekat Nilai 3.
- Ia dipercayai cuba dilupuskan kerana sudah rosak dan mempunyai banyak kesalahan pada ayatnya dari pelbagai aspek.
- Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahmad Husaini Mustafa berkata, langkah menyemak itu penting bagi mengelak berlaku kesilapan pada ayat al-Quran dijual di pasaran.
- “Penting untuk peniaga pastikan ayat al-Quran yang dijual itu benar dan tepat mengikut spesifikasi ditetapkan kerajaan kerana kesilapan kecil saja sudah membawa makna berbeza.”
- “Mereka perlu ada rasa tanggungjawab dan bukannya terus terima saja barang daripada pihak kilang tanpa memeriksanya terlebih dahulu,” katanya semalam.
Nilai: Masih ada segelintir peniaga dan pembekal perhiasan khat al-Quran tidak menyemak dengan teliti sesuatu ayat al-Quran sebelum membuat tempahan daripada pengeluar.
Ini susulan penemuan bingkai gambar dan pelbagai perhiasan ayat suci itu dibuang di tepi jalan dekat Nilai 3, di sini.
Ia dipercayai cuba dilupuskan kerana sudah rosak dan mempunyai banyak kesalahan pada ayatnya daripada pelbagai aspek.
Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahmad Husaini Mustafa berkata, langkah menyemak itu penting bagi mengelak berlaku kesilapan pada ayat al-Quran yang dijual di pasaran.
“Penting untuk peniaga pastikan ayat al-Quran yang dijual itu benar dan tepat mengikut spesifikasi ditetapkan kerajaan kerana kesilapan kecil saja sudah membawa makna berbeza.
“Mereka perlu ada rasa tanggungjawab dan bukannya terus terima saja barang daripada pihak kilang tanpa memeriksanya terlebih dahulu,” katanya semalam.
Menurutnya, Jakim dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) baru-baru ini menjalankan sesi advokasi dengan peniaga dan pembekal produk berkenaan dari sekitar Nilai 3.
Beliau dalam masa sama meminta peniaga supaya melupuskan perhiasan al-Quran dengan cara yang betul dan bukannya dibuang di merata-rata tempat seperti mana kes yang berlaku pada Disember lalu.
Beliau berkata, kejadian itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat beragama Islam dan pada masa sama seolah-olah memberi gambaran yang agensi penguat kuasa tidak mengambil perhatian mengenai kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
