Terkini
Penderaan seksual murid sekolah, Paderi Michigan dijatuhi hukuman penjara
Seorang paderi dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah di sekolah Katolik pada pertengahan tahun 2000-an.

- Paderi, Joseph “Jack” Baker, 61, dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah pada pertengahan tahun 2000-an.
- Pada Oktober tahun lalu, dia disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
- Pertuduhan bermula pada 2004 di mana mangsa merupakan pelajar Tahun Dua di Sekolah Katolik St. Mary di Wayne, Michigan dan Baker adalah paderi di St. Mary Catholic Parish.
- Mangsa dihantar ke gereja untuk mendapatkan buku, namun tertuduh meletakkannya di atas meja lalu merogolnya.
AMERIKA SYARIKAT – Seorang paderi dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah di sekolah Katolik pada pertengahan tahun 2000-an.
Joseph “Jack” Baker, 61, dijatuhi hukuman penjara itu pada 1 Mac lalu di Mahkamah Litar Ketiga Wayne County di Detroit.
Pada Oktober tahun lalu, dia disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
Pertuduhan bermula pada 2004 di mana mangsa merupakan pelajar Tahun Dua di Sekolah Katolik St. Mary di Wayne, Michigan dan Baker adalah paderi di St. Mary Catholic Parish.
Mangsa dihantar ke gereja untuk mendapatkan buku ketika menghadiri program keagamaan selepas waktu sekolah, namun tertuduh meletakkannya di atas meja lalu merogolnya.
Mangsa yang kini berusia pertengahan 20-an, memberitahu ibu bapanya tentang serangan seksual itu pada 2019.
Tertuduh dan mangsa memberi keterangan masing-masing, bagaimanapun Baker berulang kali menafikan dakwaan itu ketika perbicaraan berlangsung.
Sumber: CNA
