Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pameran Al Quran terpanjang di dunia bersempena Ramadan

Skrol naskah Al Quran terpanjang di dunia dipamerkan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan sepanjang Ramadan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Pameran Al Quran terpanjang di dunia bersempena Ramadan
Foto: Dato’ Sheikh Hussain Yee (lima dari kiri), Tan Sri Lee Kim Yew (tiga dari kanan) di hadapan skrol naskah Al Quran terpanjang di dunia.

Skrol naskah Al Quran terpanjang di dunia dipamerkan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan sepanjang Ramadan ini.

Ini merupakan inisiatif bersama Yayasan Al Khaadem dan Cheng Ho Multi Culture Education Trust untuk mengalu-alukan masyarakat dari pelbagai latar belakang dan agama untuk meraikan kepelbagaian dan memperkukuh keharmonian masyarakat pelbagai agama.

Menurut Presiden Yayasan Al Khaadem Dato’ Sheikh Hussain Yee, inisiatif ini dibiayai sendiri oleh Tan Sri Lee Kim Yew selaku pengasas Cheng Ho Multi Culture Education Trust bertujuan menyokong umat Islam yang kebiasaannya mengambil peluang untuk lebih mendekatkan diri dengan Al Quran di bulan Ramadan.

“Dia (Tan Sri Lee) yang bayar, bukan murah itu. Nak tunjuk bahawa dia sayang kepada agama Islam, orang Islam, dan negara Islam. Supaya masyarakat tidak menganggap orang bukan Islam itu adalah anti-Islam.

“Walaupun dia belum menjadi seorang Muslim, hidayah milik Allah, tetapi dia suka pada nilai-nilai agama Islam, dia suka promote produk-produk Islam,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di majlis pelancaran Festival Orchid Ramadan Raya semalam.

Mengulas lanjut, Dato Sheikh Hussain memberitahu yang atas sebab itulah mengapa pihaknya berminat untuk mengambil bahagian dan menyokong inisiatif ini.

Naskah Al Quran berukuran 208 meter panjang dan 1.15 meter lebar itu dihasilkan menggunakan kaedah paper-cut tradisional Cina, menjadikannya skrol naskah suci Islam yang paling lengkap mengandungi kesemua 114 surah menggunakan kaedah itu

Projek ini dirancang selama 3 tahun setengah dan dibimbing oleh para ulama dan pihak berkuasa Islam.

Ia dihasilkan oleh 70 pengkarya paper-cut khas dan diketuai oleh Yusuf Xu Jun yang berasal dari bandar Huaian, wilayah Jiangsu, China.

Yusuf Xu Jun giat mengkaji budaya kebangsaan dan penerokaan seni selama 10 tahun, dan telah menghasilkan pelbagai kraftangan dengan ciri-ciri Islam.

Dengan gabungan budaya China berusia 5,000 tahun, teknik pemotongan kertas tradisional, teknik kertas beras, teknik pemasangan, teknik sutera dan kaedah menatal (scrolling) yang unik, terhasillah Al Quran versi paper-cut pertama di dunia pada 2008.

Al Quran ini dipamerkan bersempena Festival Orchid Ramadan Raya bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023.

Antara pengisian festival itu termasuklah pameran kesenian dan kebudayaan Islam, serta bufet Warisan Serantau untuk berbuka puasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *