Antarabangsa
Lapan terbunuh, lantai kuil runtuh di Indore
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh di dalam perigi selepas lantai runtuh di sebuah kuil di Indore.
- Polis dan pasukan penyelamat masih mencari kira-kira 25 penganut Hindu yang terperangkap.
- Menurut pegawai dan laporan media, lantai berkenaan berfungsi sebagai penutup kepada telaga bertangga, iaitu sumber air yang besar, runtuh pada Khamis, menyebabkan kumpulan berkenaan terjatuh dalam kejadian di bandar Indore.
- “Kerja menyelamat masih diteruskan. Antara 20 hingga 25 orang terperangkap di dalam perigi akibat kejadian itu,” kata pegawai polis Manish Kapooriya.
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh di dalam perigi selepas lantai runtuh di sebuah kuil di Indore.
Polis dan pasukan penyelamat masih mencari kira-kira 25 penganut Hindu yang terperangkap.
Menurut pegawai dan laporan media, lantai berkenaan berfungsi sebagai penutup kepada telaga bertangga, iaitu sumber air yang besar, runtuh pada Khamis, menyebabkan kumpulan berkenaan terjatuh dalam kejadian di bandar Indore.
“Kerja menyelamat masih diteruskan. Antara 20 hingga 25 orang terperangkap di dalam perigi akibat kejadian itu,” kata pegawai polis Manish Kapooriya.
Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan tali dan tangga untuk mencapai mereka yang terperangkap di dalam perigi dalam runtuhan di negeri Madhya Pradesh.
Video lain menunjukkan lantai yang runtuh dan palang keluli hancur, dan anggota polis menggunakan tali untuk menutup kawasan itu.
Kuil-kuil di seluruh India dipenuhi dengan penganut sempena perayaan Ram Navami.
Sumber: Berita Harian