Terkini
KPM akan kaji tempoh bina sekolah baharu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan merujuk dan mengkaji semula proses pembinaan sekolah baharu bagi mengelakkan tempoh masa pembinaan yang lama.
- Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata kementerian sedar terdapat pembinaan sekolah yang memakan masa antara lima hingga 10 tahun untuk disiapkan.
- “Berkenaan garis panduan dari segi infrastruktur dan selainnya, pada masa ini kami belum lagi memulakan kajian tetapi kami akan mengkaji semula seperti yang saya katakan tadi kita nak kurangkan masa pembinaan dan memastikan ada keperluan masa pembinaan (disingkatkan).
- “Sebab satu masalah kita ialah penyerahan tanah kerana tanah itu mesti di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemilikan tanah itu adalah usul utama sebelum pembinaan sesebuah sekolah. Kami akan rujuk semula semua garis panduan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin bagi menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) dan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkenaan isu terbabit.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan merujuk dan mengkaji semula proses pembinaan sekolah baharu bagi mengelakkan tempoh masa pembinaan yang lama.
Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, kementerian sedar terdapat pembinaan sekolah yang memakan masa antara lima hingga 10 tahun untuk disiapkan.
“Berkenaan garis panduan dari segi infrastruktur dan selainnya, pada masa ini kami belum lagi memulakan kajian tetapi kami akan mengkaji semula seperti yang saya katakan tadi kita nak kurangkan masa pembinaan dan memastikan ada keperluan masa pembinaan (disingkatkan).
“Sebab satu masalah kita ialah penyerahan tanah kerana tanah itu mesti di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemilikan tanah itu adalah usul utama sebelum pembinaan sesebuah sekolah. Kami akan rujuk semula semua garis panduan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Hui Ying (PH-Tanjong) berkata demikian menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) dan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun).
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam usaha merancang pembinaan sekolah baharu, KPM mendapatkan input dan cadangan pembinaan sekolah melalui permohonan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Selain daripada kesediaan tapak atau tanah, katanya, perkara lain yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama PBT.
Mengenai projek pembinaan SK Ukay Sungai Sering di kawasan Bukit Antarabangsa pula, Hui Ying berkata, projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) itu tidak dapat disambung semula dalam tempoh RMK-11 dan RMK-12 disebabkan pertukaran tapak.
Jelas beliau, tapak asal projek berkenaan berada di kawasan cerun berskala tiga yang memerlukan tambahan kos penahan cerun dan tidak sesuai untuk pembinaan sekolah.
“Oleh yang demikian, pada 2018, KPM telah mengenal pasti cadangan tapak baharu bagi pembinaan sekolah ini. Tapak baharu yang merupakan tanah serahan pemaju ini telah diluluskan permohonan pemberi milikan tapak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan kini dalam proses untuk mendapatkan geran.
“Buat masa ini, status pembinaan projek ini masih berada di fasa pra pembinaan dan dalam peringkat akhir untuk melantik pihak perunding bagi menyediakan pelan rekabentuk bangunan dan menyelesaikan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dengan PBT,” katanya.
Ujarnya lagi, proses pelantikan perunding dijangka selesai pada bulan ini, dengan tender akan dilakukan pada Disember depan.
Manakala, kerja-kerja awal tapak dijangka pada Februari 2024 dengan tempoh pembinaan mengambil masa selama 24 bulan, dan dijangka siap pada Februari 2026.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times