Connect with us

Antarabangsa

Kelas pendidikan seks dibatalkan selepas tetamu jemputan ‘pondan’ katakan ada 73 jantina

Sebuah sekolah menggantung kurikulum pendidikan seks selepas seorang tetamu jemputan drag queen (pondan) dilaporkan memberitahu murid-murid bahawa terdapat 73 jantina dan memaksa seorang pelajar yang mengatakan terdapat hanya ‘dua jantina’ untuk keluar daripada bilik darjah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kelas pendidikan seks dibatalkan selepas tetamu jemputan 'pondan' katakan ada 73 jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah sekolah di Isle of Man menggantung kurikulum pendidikan seks selepas seorang tetamu jemputan drag queen (pondan) dilaporkan memberitahu murid-murid bahawa terdapat 73 jantina.
  • Individu itu juga memaksa seorang pelajar yang mengatakan terdapat hanya ‘dua jantina’ untuk keluar daripada bilik darjah.
  • Satu aduan dibuat selepas seorang murid Tahun 7 ‘trauma’ kerana diajar tentang pembedahan penukaran jantina dan aksi seks.
  • Murid di sekolah itu turut diajar tentang seks oral dan anal, manakala sekumpulan pelajar lain dimaklumkan mengenai pembedahan penukaran jantina dan bagaimana cantuman kulit boleh digunakan pada zakar tiruan.
  • Satu petisyen ditujukan kepada pengetua sekolah dibuat ibu bapa terbabit menggesa siasatan dilakukan terhadap pengajaran pendidikan seks di sekolah itu.

ISLE OF MAN – Sebuah sekolah menggantung kurikulum pendidikan seks selepas seorang tetamu jemputan drag queen (pondan) dilaporkan memberitahu murid-murid bahawa terdapat 73 jantina dan memaksa seorang pelajar yang mengatakan terdapat hanya ‘dua jantina’ untuk keluar daripada bilik darjah.

Aduan dibuat kepada Sekolah Menengah Queen Elizabeth II di Peel, Isle of Man selepas seorang murid Tahun 7 ‘trauma’ kerana diajar tentang pembedahan penukaran jantina dan aksi seks.

Daily Mail melaporkan satu aduan mengenai kurikulum sosial, kesihatan dan ekonomi (PSHE) sekolah itu, yang diketuai pihak kerajaan, dibuat selepas ibu bapa membangkitkan kebimbangan mereka mengenai pelajaran itu, terutama ‘penyampaian grafik, ketidakseimbangan, tidak senonoh’ aksi seksual dan identiti jantina yang diajar kepada anak-anak mereka, lapor The Telegraph

Ia termasuk tindakan tetamu pondan itu yang mengajar pelajar, termasuk seawal usia 11 tahun, bahawa terdapat 73 jantina.

Murid di sekolah itu turut diajar tentang seks oral dan anal, manakala sekumpulan pelajar lain dimaklumkan mengenai pembedahan penukaran jantina dan bagaimana cantuman kulit boleh digunakan pada zakar tiruan.

Pengerusi Pesuruhjaya Kariah Marown, Eliza Cox berkata kepada Energy FM: “Ramai di antara pelajar terlalu takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa, kita tidak tahu apa yang anak-anak kita belajar di sekolah”.

Satu petisyen ditujukan kepada pengetua sekolah itu, Charlotte Clarke dibuat ibu bapa terbabit menggesa untuk siasatan dilakukan dengan segera terhadap pengajaran di sekolah itu.

“Kami menganggap kehadiran drag queen (pondan) di dalam kelas dan menghalau seorang pelajar yang keliru tentang hal yang dibincangkan semasa sesi ini adalah tidak sesuai sama sekali.

“Bagaimana, siapa dan mengapa jemputan ini dibenarkan membincangkan isu jantina kepada kanak-kanak seorang dewasa yang tidak berpengalaman dan tidak terlatih?” kata petisyen itu.

Clarke berkata, “setelah melihat video yang tersebar di media sosial berkaitan kurikulum pendidikan hubungan dan seks (RSE) sekolah dan penyampaiannya, kami bimbang terdapat beberapa maklumat tidak tepat dikongsikan.

“Memandangkan berlaku kebimbangan, dan untuk bersikap terbuka dan telus, kami telah meminta satu semakan bebas terhadap situasi itu.

“Oleh itu, saya gembira untuk terlibat dalam semakan bebas yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan, Sukan dan Kebudayaan dan akan menggalakkan komuniti kita untuk mengelakkan spekulasi pada masa ini,” katanya.

Sumber: The Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *