Connect with us

Terkini

Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin – PM

Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana malam tadi, beliau berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.
  • “Benar, kita perlu ada teknologi yang canggih, sistem pendidikan dan kesihatan yang baik tetapi terasnya masih dengan nilai ini yang disebut MADANI,” katanya.

PUTRAJAYA  — Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana malam tadi, beliau berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.

Perdana Menteri berkata beliau telah meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Dr Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin gelojoh kuasa, kejar kekayaan, terlibat rasuah dan berhasad dengki.

Anwar berkata konsep Malaysia MADANI diperkenal bagi membina sebuah tamadun yang mempunyai nilai dan akhlak tinggi serta menitikberatkan aspek sama rata dalam memimpin sebuah negara dengan rakyat berbilang kaum.

“Benar, kita perlu ada teknologi yang canggih, sistem pendidikan dan kesihatan yang baik tetapi terasnya masih dengan nilai ini yang disebut MADANI,” katanya.

Pada 19 Jan lepas, Anwar memperkenal Konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam prinsip iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan.

Majlis Ilmu MADANI itu dihadiri kira-kira 250 tetamu dari pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan badan bukan kerajaan antaranya Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia serta Pertubuhan Penggerak Dakwah Putrajaya. 

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disusuli bacaan selawat serta zikir, tazkirah dan solat Isyak berjemaah. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending