Antarabangsa
Individu masuk Britain secara haram, ditegah tinggal di negara itu – PM Sunak
Sesiapa yang tiba di Britain secara haram, ditegah untuk tinggal di negara ini, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam satu wawancara yang disiarkan hari ini.
- Sesiapa yang tiba di Britain secara haram, ditegah untuk tinggal di negara ini. – Perdana Menteri, Rishi Sunak
- “Jangan buat salah, jika anda masuk secara haram, anda tidak boleh tinggal di sini,” katanya kepada Mail.
- Sebuah undang-undang baharu bagi menangani isu akan dikuatkuasakan pada Selasa, lapor akhbar berkenaan selepas lebih 45,000 orang melintasi ke negara itu secara bahaya.
LONDON: Sesiapa yang tiba di Britain secara haram, ditegah untuk tinggal di negara ini, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam satu wawancara yang disiarkan hari ini.
Ketegasan itu disuarakan Sunak susulan satu perundangan baharu yang dijangka ditetapkan minggu depan.
Mendapat tekanan daripada ahli Parlimennya untuk mencari satu penyelesaian membabitkan kemasukan migran yang tiba di Britain melintasi saluran dari Eropah, Sunak menjadikan pemberhentian bot kecil sebagai lima tumpuan utamanya.
“Jangan buat salah, jika anda masuk secara haram, anda tidak boleh tinggal di sini,” katanya kepada Mail.
Sebuah undang-undang baharu bagi menangani isu akan dikuatkuasakan pada Selasa, lapor akhbar berkenaan selepas lebih 45,000 orang melintasi ke negara itu secara bahaya.
Tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Boris Johnson bersetuju dengan satu perjanjian untuk menghantar pulang ratusan migran yang kebanyakannya daripada kumpulan itu adalah mereka dari Afghanistan, Syria dan negara lain dibelenggu perang, lebih 6,400 kilometer (km) ke Rwanda.
Dasar itu bagaimanapun menghadapi pertikaian undang-undang selepas penerbangan pengusiran pertama yang dirancang disekat injuksi pada saat akhir.
Ia diberikan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Injuksi itu diputuskan sah oleh Mahkamah Tinggi London pada Disember lalu, tetapi kumpulan yang menentang berusaha untuk merayu keputusan itu.
Ditanya agensi berita Sky News sama ada mereka yang tiba di Britain secara haram akan dilarang menuntut suaka, Menteri Kerajaan, Chris Heaton-Harris berkata ‘Ya, saya percaya begitu’.
“Sekiranya ada orang datang ke negara ini secara haram maka mereka akan dikembalikan atau dihantar ke suatu tempat seperti Rwanda,” katanya.
Mengulas bagaimana pencari suaka yang ‘asli’ boleh mencari perlindungan, Heaton-Harris yakin akan ada lebih banyak laluan yang selamat dan sah. – REUTERS
Sumber: Berita Harian