Connect with us

Antarabangsa

Gempa bumi Afghanistan: Tiga maut termasuk kanak-kanak

GEMPA bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada petang Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Gempa bumi Afghanistan: Tiga maut termasuk kanak-kanak
Foto: Pasukan penyelamat membawa mangsa gempa bumi menaiki ambulans ke sebuah hospital di Saidu Sharif.
  • Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada petang Selasa.
  • Gempa bumi itu telah mengorbankan dua individu di timur negara Afganistan dan seorang kanak-kanak Pakistan.
  • Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia apabila tembok di rumah runtuh menimpanya.
  • Seramai 150 orang cedera di daerah Swat, utara Pakistan di mana hospital telah mengisytiharkan darurat.

GEMPA bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada petang Selasa.

Gempa bumi itu mengorbankan dua individu di timur negara Afganistan dan seorang kanak-kanak di negara jiran Pakistan.

Gegaran pada kedalaman 194 kilometer itu berpusat di banjaran Gunung Hindu Kush, berhampiran wilayah terpencil Afghanistan utara Badakhshan.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia apabila tembok di rumah runtuh menimpanya.

Seramai 150 orang cedera di daerah Swat, utara Pakistan di mana hospital telah mengisytiharkan darurat.

Gegaran dirasai di kawasan seluas 1,000 kilometer oleh kira-kira 285 juta orang di Pakistan, India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud di timur Afghanistan mengorbankan lebih 1,000 orang tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending