Connect with us

Antarabangsa

Aktivis anti-Islam Australia peluk Islam kerana pendirian tegas agama itu menentang LGBTQ

Seorang aktivis anti-Islam yang terkenal di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess telah memeluk Islam, menyertai beberapa tokoh sayap kanan yang memeluk agama itu kerana pendirian konservatifnya terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.

Wartawan TMT

Published

on

Aktivis anti-Islam Australia peluk Islam kerana pendirian tegas agama itu menentang LGBTQ
Foto: Shermon Burgess.
  • Seorang aktivis anti-Islam di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess memeluk Islam kerana pendirian tegas agama itu terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.
  • Beliau dan seorang lagi bekas aktivis anti-Islam mengucapkan syahadah, menukar ke agama Islam dan  dialu-alukan masjid di tempatnya.
  • “Kembali kepada 2015-2016, anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Sekarang saya akan bersama dengan Muslim untuk melawan penindasan zionis dan freemason yang memerintah,” kata Burgess.

Seorang aktivis anti-Islam yang terkenal di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess telah memeluk Islam, menyertai beberapa tokoh sayap kanan yang memeluk agama itu kerana pendirian konservatifnya terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.

Terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam 2015 yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo di mana beliau menganjurkan berpuluh-puluh protes bersama neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson. 

Burgess mengesahkan kepada Crikey bahawa beliau dan seorang lagi bekas aktivis anti-Islam mengucapkan syahadah, menukar ke agama Islam dan dialu-alukan oleh masjid di tempatnya.

“Umat Islam sangat baik dan hebat, mereka sentiasa sedia membantu apabila anda perlukan pertolongan,” katanya.

Burgess berkata dia telah menukar kepercayaannya (suatu ketika dulu pernah menyatakan “multikulturalisme telah gagal, Islam tidak sesuai dengan cara hidup kita”) selepas melihat kekuatan gerakan kebebasan Australia – anti-vaksin, anti-kerajaan, kumpulan konspirasi aktivisme pelbagai budaya, yang wujud semasa wabak Covid-19. 

Perjumpaan Burgess dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose adalah titik penting memberi beliau “pandangan lebih jelas mengenai Islam”.

“Kembali kepada 2015-2016, anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Sekarang saya akan bersama dengan Muslim untuk melawan penindasan zionis dan freemason yang memerintah,” tulisnya dalam laman Facebook.

Menurut Burgess, bekas ahli-ahli UPF mengecamnya dalam talian selepas mereka mengetahui tentang penukaran agama itu.

“Ramai di antara mereka merupakan peminum arak tegar dan mengalami degenerasi,” katanya. “Saya suka aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada alkohol dan dadah”.

Sumber: Crikey

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending