Terkini
Akta universiti ditambah baik beri lebih autonomi mahasiswa – Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melakukan usaha berterusan bagi menambah baik Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971, khususnya dalam memberi lebih banyak autonomi kepada persatuan mahasiswa di universiti.
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melakukan usaha berterusan bagi menambah baik Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971, khususnya dalam memberi lebih banyak autonomi kepada persatuan mahasiswa di universiti.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini, antara aspek yang sedang diperhalusi adalah pindaan yang akan memberi mahasiswa autonomi dalam hal berkaitan pengurusan aktiviti oleh persatuan pelajar.
- “Aspek yang turut diperhalusi adalah pindaan kepada peruntukan yang akan memberi autonomi dalam hal berkaitan pengurusan kewangan persatuan mahasiswa,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam ketika menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai pendirian kementerian untuk meminda AUKU.
- Katanya, kementerian juga sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah bagi menambah baik AUKU, malah sejak diperkenalkan, undang-undang itu sudah menjalani proses pindaan sebanyak tujuh kali.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melakukan usaha berterusan bagi menambah baik Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971, khususnya dalam memberi lebih banyak autonomi kepada persatuan mahasiswa di universiti.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini, antara aspek yang sedang diperhalusi adalah pindaan yang akan memberi mahasiswa autonomi dalam hal berkaitan pengurusan aktiviti oleh persatuan pelajar.
“Aspek yang turut diperhalusi adalah pindaan kepada peruntukan yang akan memberi autonomi dalam hal berkaitan pengurusan kewangan persatuan mahasiswa,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai pendirian kementerian untuk meminda AUKU bagi memberikan lebih banyak autonomi kepada persatuan mahasiswa di setiap universiti, termasuk universiti awam.
Mohamed Khaled berkata, kementerian sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah bagi menambah baik AUKU, malah sejak diperkenalkan, undang-undang itu sudah menjalani proses pindaan sebanyak tujuh kali.
Sumber: Utusan Malaysia