Connect with us

Terkini

Vape perisa mushroom punca semakin ramai belia jadi penagih dadah

Trend penglibatan belia dengan dadah dijangka meningkat tahun ini seperti jangkaan Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Vape perisa mushroom punca semakin ramai belia jadi penagih dadah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Salah satu faktornya adalah penjualan peranti vape tidak berdaftar mudahkan belia ambil dadah jenis perisa mushroom. – Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia, Raja Azizan Suhaimi 
  • “Faktor tekanan hidup serta bekalan dadah semakin mudah diperoleh juga dorong pada peningkatannya.”
  • “Data dikongsi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat pada Selasa berkait belia merupakan telah ditangkap walhal berganda lagi rekod masih bebas dan tidak ditangkap turut sumbang secara besar dan senyap pada permasalahan ini.”
  • “MASAC juga percaya keadaan sebenar ialah mungkin dua atau tiga kali ganda lagi namun mereka ini bijak mengelak dari dikesan badan penguat kuasa,” katanya.

KUALA LUMPUR – Trend penglibatan belia dengan dadah dijangka meningkat tahun ini seperti jangkaan Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).

Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, salah satunya faktornya adalah penjualan peranti vape tidak berdaftar yang memudahkan belia mengambil dadah jenis perisa mushroom.

Selain itu, faktor tekanan hidup serta bekalan dadah yang semakin mudah diperoleh juga mendorong kepada peningkatannya.

Beliau mengulas pendedahan yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat pada Selasa mengenai trend belia berusia 19 hingga 39 tahun yang ditahan tahun lalu positif pelbagai jenis dadah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Raja Azizan, MASAC sebagai sebuah majlis berkait penyalahgunaan dadah melalui puluhan NGO ahli gabungan bersama dan puluhan ribu bekas alumni pengguna bahan salah sedia membantu kerajaan.

“Nasihat ini bukan hanya dibaca dari teori atau buku tetapi merupakan pengalaman sebenar yang akan dikongsi secara nyata kepada golongan berisiko agar tidak terus atau mula terlibat dengan dadah durjana,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MASAC juga sebagai NGO yang tiada kuasa penyiasatan atau boleh menangkap atau menjalankan proses pendakwaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atau lain-lain sering memperoleh kepercayaan masyarakat akan permasalahan dadah mereka namun mempunyai kekangan bajet yang amat terhad hasil sumbangan terdahulu yang kini hampir kehabisan dana.

“Data yang dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat pada Selasa berkait belia merupakan yang telah ditangkap walhal berganda lagi rekodnya yang masih bebas dan tidak ditangkap turut menyumbang secara besar dan senyap kepada permasalahan ini.

“MASAC juga percaya keadaan sebenar ialah mungkin dua atau tiga kali ganda lagi namun mereka ini bijak mengelak dari dikesan badan penguat kuasa,” katanya.

Beliau menegaskan, penangkapan tiga beradik jadi transporter dadah, tonto yang ditahan bersama 150 kg syabu dinilai RM5.4 juta pada Selasa di Kelantan menunjukkan permasalahanini semakin hari semakin meruncing kerana permintaan semakin meningkat.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *