Connect with us

Antarabangsa

Senator Demokrat di California mahu sekolah sedia tandas neutral jantina

Seorang ahli Demokrat di California memperkenalkan perundangan yang bakal menjadikan negeri itu yang pertama di Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Senator Demokrat di California mahu sekolah sedia tandas neutral jantina
Foto: Senator Josh Newman.
  • Senator negeri California, Senator Josh Newman memperkenalkan rang undang-undang yang memerlukan semua sekolah awam K-12 mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina untuk kegunaan pelajar.
  • “Dengan menetapkan semua sekolah K-12 di California untuk menyediakan tandas neutral jantina, kami akan memastikan kesejahteraan pelajar LGBTQ+ dan komuniti yang selamat untuk semua orang,” katanya.
  • Rang undang-undang Newman itu turut disokong senator Scott Wiener, juga dari Parti Demokrat.
  • Negeri di bawah kuasa Republikan sebelum ini perkasa Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak untuk menghalang penukaran jantina, pengekang hormon dan prosedur lain bagi kanak-kanak bawah umur.

Seorang ahli Demokrat di California memperkenalkan perundangan yang bakal menjadikan negeri itu yang pertama di Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina. 

Senator Josh Newman memperkenalkan rang undang-undang SB 760 minggu lalu, yang memerlukan semua sekolah awam K-12 mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina untuk kegunaan pelajar, selepas peningkatan kontroversi mengenai pelajar mengenal pasti jantina diri berbeza daripada jantina biologikal asalnya.

“Sekolah sepatunya menyediakan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk semua pelajar di mana mereka boleh fokus kepada pembelajaran dan berkembang dari segi akademik, sosial dan emosi,” kata Newman dalam satu kenyataan media.

“Dengan menetapkan semua sekolah K-12 di California untuk menyediakan tandas neutral jantina, kami akan memastikan kesejahteraan pelajar LGBTQ+ dan komuniti yang selamat untuk semua orang.”

Pertikaian berkaitan tandas adalah antara isu diperjuangkan warga transgender, namun hal itu dilupakan apabila wilayah yang dikuasai Republikan mendesak untuk mengharamkan penukaran jantina, pengekang hormon dan pembedahan penukaran jantina untuk kanak-kanak bawah umur. 

Isu itu turut melibatkan industri sukan kerana beberapa negeri meluluskan undang-undang yang memerlukan pelajar untuk bertanding berdasarkan jantina biologi mereka.

Rang undang-undang Newman itu turut disokong senator negeri Scott Wiener yang berkata, “Setiap kanak-kanak dan remaja mempunyai akses kepada tandas yang sesuai dengan jantina mereka, dan bagi sesetengah belia, ini bermaksud tanda yang tidak memaksa mereka memilih jantina.”

Wiener memperkenalkan beberapa rang undang-undang melibatkan isu-isu homoseksual dan transgender semasa menjadi penggubal undang-undang negeri itu. 

Tahun lalu, Wiener menaja perundangan yang menjadikan California sebagai “pelarian” untuk keluarga yang mempunyai anak transgender selepas beberapa negeri di bawah kuasa Republikan memperkasakan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak untuk menghalang penukaran jantina, pengekang hormon dan prosedur lain bagi kanak-kanak bawah umur.

Sumber: Washington Examiner

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *