Antarabangsa
Senator Demokrat di California mahu sekolah sedia tandas neutral jantina
Seorang ahli Demokrat di California memperkenalkan perundangan yang bakal menjadikan negeri itu yang pertama di Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina.

- Senator negeri California, Senator Josh Newman memperkenalkan rang undang-undang yang memerlukan semua sekolah awam K-12 mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina untuk kegunaan pelajar.
- “Dengan menetapkan semua sekolah K-12 di California untuk menyediakan tandas neutral jantina, kami akan memastikan kesejahteraan pelajar LGBTQ+ dan komuniti yang selamat untuk semua orang,” katanya.
- Rang undang-undang Newman itu turut disokong senator Scott Wiener, juga dari Parti Demokrat.
- Negeri di bawah kuasa Republikan sebelum ini perkasa Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak untuk menghalang penukaran jantina, pengekang hormon dan prosedur lain bagi kanak-kanak bawah umur.
Seorang ahli Demokrat di California memperkenalkan perundangan yang bakal menjadikan negeri itu yang pertama di Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina.
Senator Josh Newman memperkenalkan rang undang-undang SB 760 minggu lalu, yang memerlukan semua sekolah awam K-12 mempunyai sekurang-kurangnya satu tandas neutral jantina untuk kegunaan pelajar, selepas peningkatan kontroversi mengenai pelajar mengenal pasti jantina diri berbeza daripada jantina biologikal asalnya.
“Sekolah sepatunya menyediakan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk semua pelajar di mana mereka boleh fokus kepada pembelajaran dan berkembang dari segi akademik, sosial dan emosi,” kata Newman dalam satu kenyataan media.
“Dengan menetapkan semua sekolah K-12 di California untuk menyediakan tandas neutral jantina, kami akan memastikan kesejahteraan pelajar LGBTQ+ dan komuniti yang selamat untuk semua orang.”
Pertikaian berkaitan tandas adalah antara isu diperjuangkan warga transgender, namun hal itu dilupakan apabila wilayah yang dikuasai Republikan mendesak untuk mengharamkan penukaran jantina, pengekang hormon dan pembedahan penukaran jantina untuk kanak-kanak bawah umur.
Isu itu turut melibatkan industri sukan kerana beberapa negeri meluluskan undang-undang yang memerlukan pelajar untuk bertanding berdasarkan jantina biologi mereka.
Rang undang-undang Newman itu turut disokong senator negeri Scott Wiener yang berkata, “Setiap kanak-kanak dan remaja mempunyai akses kepada tandas yang sesuai dengan jantina mereka, dan bagi sesetengah belia, ini bermaksud tanda yang tidak memaksa mereka memilih jantina.”
Wiener memperkenalkan beberapa rang undang-undang melibatkan isu-isu homoseksual dan transgender semasa menjadi penggubal undang-undang negeri itu.
Tahun lalu, Wiener menaja perundangan yang menjadikan California sebagai “pelarian” untuk keluarga yang mempunyai anak transgender selepas beberapa negeri di bawah kuasa Republikan memperkasakan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak untuk menghalang penukaran jantina, pengekang hormon dan prosedur lain bagi kanak-kanak bawah umur.
Sumber: Washington Examiner
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas