Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan advokasi Uighur gesa PBB bertindak ke atas China

Kumpulan advokasi Uighur, semalam menggesa badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap China atas pencabulannya terhadap etnik minoriti Islam itu, selepas pakar PBB menyemak semula rekod hak asasi oleh Beijing minggu ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan advokasi Uighur gesa PBB bertindak ke atas China
Foto: Kumpulan advokasi Uighur dan Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (CESCR).
  • Pengarah Eksekutif Projek Hak Asasi Manusia Uighur, Omer Kanat, dalam satu kenyataan bersama Kongres Uighur Sedunia, berkata sekumpulan lagi pakar bebas PBB menimbulkan kebimbangan serius mengenai kekejaman berterusan yang dihadapi Uighur.
  • “Sekali lagi kerajaan China terus menafikan dan mengalih perhatian daripada bukti fakta yang dikemukakan.
  • “Sudah lama seharusnya sistem PBB bertindak balas dengan cara yang lebih komprehensif,” katanya.
  • “Disebabkan tiada prospek untuk kemajuan yang konkrit, EU harus menangguhkan dialog dan menggandakan usahanya untuk PBB bertindak ke atas rekod buruk China dan ke arah kebertanggungjawaban bagi jenayah antarabangsa yang dilakukan di Xinjiang,” kata pengarah EU di Human Rights Watch, Philippe Dam.

GENEVA: Kumpulan advokasi Uighur, semalam menggesa badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap China atas pencabulannya terhadap etnik minoriti Islam itu, selepas pakar PBB menyemak semula rekod hak asasi oleh Beijing minggu ini.

Ketika kajian semula selama dua hari oleh Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (CESCR) PBB di Geneva, peserta bertanya kepada delegasi China mengenai layanan negara itu terhadap minoriti, termasuk Uighur di wilayah barat Xinjiang dan langkah diambil antara lain untuk menamatkan buruh paksa dan penahanan sewenang-wenangnya.

Beijing sekeras-kerasnya menafikan melakukan perbuatan itu.

Pengarah Eksekutif Projek Hak Asasi Manusia Uighur, Omer Kanat, dalam satu kenyataan bersama Kongres Uighur Sedunia, berkata sekumpulan lagi pakar bebas PBB menimbulkan kebimbangan serius mengenai kekejaman berterusan yang dihadapi Uighur.

“Sekali lagi kerajaan China terus menafikan dan mengalih perhatian daripada bukti fakta yang dikemukakan.

“Sudah lama seharusnya sistem PBB bertindak balas dengan cara yang lebih komprehensif,” katanya.

Misi tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya PBB tidak segera memberi maklum balas ketika diminta mengulas isu berkenaan yang dikemukakan.

Advertisement

Laporan yang dikeluarkan pada Ogos lalu oleh Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB ketika itu, Michelle Bachelet, beberapa jam sebelum menamatkan tugasnya, mendapati penahanan China terhadap Uighur dan orang Islam lain mungkin adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

Tawaran yang diketuai Barat untuk mengadakan perbahasan mengenai layanan China terhadap penduduk Islam di Majlis Hak Asasi Manusia PBB, bagaimanapun, gagal diluluskan.

Human Rights Watch, yang pada Isnin lalu, menggesa PBB membuat susulan terhadap laporan itu, menyertai beberapa kumpulan lain, semalam bagi menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk menggugurkan apa yang disifatkan sebagai rundingan hak yang ‘tidak bermakna’ dengan Beijing.

“Disebabkan tiada prospek untuk kemajuan yang konkrit, EU harus menangguhkan dialog dan menggandakan usahanya untuk PBB bertindak ke atas rekod buruk China dan ke arah kebertanggungjawaban bagi jenayah antarabangsa yang dilakukan di Xinjiang,” kata pengarah EU di Human Rights Watch, Philippe Dam.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending