Connect with us

Terkini

Kukuhkan agenda pembangunan ummah dengan pemerkasaan pendidikan Islam, undang-undang syariah – YDPA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik inisiatif bagi memperkukuh agenda pembangunan ummah berasaskan prinsip Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
  • Ia bagi memperkukuh agenda pembangunan ummah berasaskan prinsip Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara. 
  • Baginda bertitah ia bakal meliputi aspek pemerkasaan pengurusan hal ehwal Islam seperti pendidikan Islam, undang-undang Syariah dan institusi kekeluargaan.
  • Selain itu, pensijilan halal Malaysia dan pendidikan Tahfiz al-Quran. 
  • “Usaha ini penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan kerohanian, intelektual dan sahsiah diri yang unggul,” titah baginda.

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik inisiatif bagi memperkukuh agenda pembangunan ummah berasaskan prinsip Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara. 

“Ianya merangkumi aspek pemerkasaan pengurusan hal ehwal Islam seperti pendidikan Islam, undang-undang Syariah, institusi kekeluargaan, pensijilan halal Malaysia dan pendidikan Tahfiz al-Quran. 

“Usaha ini penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan kerohanian, intelektual dan sahsiah diri yang unggul,” titah baginda dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah negara telah menerima kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama sejak mencapai kemerdekaan 66 tahun yang lalu.

“Kita sepatutnya telah matang untuk menjadikan perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang saling sayang menyayangi, menghormati antara satu dengan yang lain, toleran dan hidup dalam sebuah kesepaduan yang utuh.

“Jika kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan, beta merasa khuatir suasana damai dan kemajuan yang didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya,” titah baginda.

Seri Paduka turut menyeru masyarakat pelbagai kaum di Malaysia agar saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Baginda mahu semangat muhibah menjadi teras kepada kestabilan negara dalam kerajaan campuran yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, agenda perpaduan dalam konteks kebudayaan juga perlu diberi tumpuan melalui pelaksanaan program-program berorientasikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

“Ianya juga adalah selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya untuk mengamalkan sifat tasamuh atau toleransi dan menghindari gejala pelampau yang boleh menggugat keharmonian kaum,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sejak 31 Januari 2019 dan tempoh lantikan bagi setiap penggal adalah lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *