Connect with us

Antarabangsa

Kantoi tonton video lucah, Ahli Parlimen Serbia letak jawatan

Seorang Ahli Parlimen Serbia meletak jawatan selepas video beliau menonton pornografi ketika sidang Parlimen yang tegang tular di media sosial, lapor penyiar kerajaan RTS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kantoi tonton video lucah, Ahli Parlimen Serbia letak jawatan
Foto: Ahli Parlimen Serbia, Zvonimir Stevic
  • Seorang Ahli Parlimen Serbia meletak jawatan selepas video beliau menonton pornografi ketika sidang Parlimen tular di media sosial, lapor penyiar kerajaan RTS.
  • Rakaman video yang disiarkan dalam talian menunjukkan Zvonimir Stevic menonton kandungan lucah di telefonnya ketika perbahasan hangat di Parlimen minggu lalu.
  • Warga Kosovo berusia 65 tahun itu adalah ahli veteran Parti Sosialis – parti muda dalam gabungan pemerintah Serbia – dan juga didesak untuk meletakkan jawatan oleh ketua partinya selepas video itu menjadi tular.
  • Serbia dan Kosovo mendapat tekanan lebih hebat daripada negara Barat untuk mewujudkan perjanjian yang akan menyaksikan kedua-dua pihak menormalisasikan hubungan.

 

BELGRADE: Seorang Ahli Parlimen Serbia meletak jawatan selepas video beliau menonton pornografi ketika sidang Parlimen yang tegang tular di media sosial, lapor penyiar kerajaan RTS.

Rakaman video yang disiarkan dalam talian menunjukkan Zvonimir Stevic menonton kandungan lucah di telefonnya ketika perbahasan hangat di Parlimen minggu lalu, yang mana penggubal undang-undang membincangkan kemungkinan perjanjian membabitkan hubungan dengan wilayah Kosovo.

Eksekutif Parti Progresif Serbia yang memerintah membidas Stevic kerana menonton filem lucah ketika sesi itu yang turut menyaksikan beberapa Ahli Parlimen bergaduh secara fizikal.

Warga Kosovo berusia 65 tahun itu adalah ahli veteran Parti Sosialis – parti muda dalam gabungan pemerintah Serbia – dan juga didesak untuk meletakkan jawatan oleh ketua partinya selepas video itu menjadi tular.

Serbia dan Kosovo mendapat tekanan lebih hebat daripada negara Barat untuk mewujudkan perjanjian yang akan menyaksikan kedua-dua pihak menormalisasikan hubungan.

Bagaimanapun Serbia masih enggan mengiktiraf bekas kerajaan wilayah majoriti Albania yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008 dan dengan sokongan sekutu kuat seperti Russia dan China, sekali gus menghalang wilayah itu daripada memasuki pelbagai institusi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP

 

Sumber: Berita Harian

Author