Connect with us

Antarabangsa

Kabinet Israel lulus rang undang-undang hukuman mati ke atas warga Palestin

Jawatankuasa Perundangan Menteri Israel pada Ahad meluluskan rang undang-undang yang membenarkan hukuman mati bagi warga Palestin yang dituduh sebagai pengganas, lapor media Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Kabinet Israel lulus rang undang-undang hukuman mati ke atas warga Palestin
Gambar persidangan kabinet Israel.
  • Jawatankuasa Perundangan Menteri Israel lulus rang undang-undang yang membenarkan hukuman mati bagi warga Palestin yang dituduh sebagai pengganas.
  • Sesiapa yang “sengaja atau tidak sengaja menyebabkan kematian seorang warga Israel dengan tujuan untuk memudaratkan negara Israel dan kelahiran semula orang Yahudi di tanah airnya”, akan berdepan hukuman mati.
  • November lalu, Menteri Keselamatan Israel, Ben-Gvir memperkenalkan hukuman mati terhadap warga Palestin yang didapati bersalah membunuh orang Israel, sebagai syarat untuk pihaknya menyertai kerajaan gabungan Netanyahu.

Jawatankuasa Perundangan Menteri Israel pada Ahad meluluskan rang undang-undang yang membenarkan hukuman mati bagi warga Palestin yang dituduh sebagai pengganas, lapor media Israel.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang “sengaja atau tidak sengaja menyebabkan kematian seorang warga Israel dengan tujuan untuk memudaratkan negara Israel dan kelahiran semula orang Yahudi di tanah airnya”, akan berdepan hukuman mati.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengeluarkan kenyataan bersama bahawa “pada hari yang sukar ini, apabila dua rakyat Israel dibunuh dalam serangan pengganas Palestin, tidak ada yang lebih simbolik daripada meluluskan hukuman mati bagi pengganas”. 

“Ini adalah undang-undang moral, dan adil, yang wujud dalam demokrasi terbesar di dunia dan lebih-lebih lagi di negara yang mengalami keganasan terhadap rakyat Israel,” kata kenyataan itu.

November lalu, Ben-Gvir memperkenalkan hukuman mati terhadap warga Palestin yang didapati bersalah membunuh orang Israel, sebagai syarat untuk pihaknya menyertai kerajaan gabungan Netanyahu. 

Sumber: Palestine Chronicle

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *