Terkini
Jahil punca belia Melayu sambut ‘Hari Kekasih’ – Mufti Sabah
Kejahilan antara salah satu faktor belia Melayu meraikan Hari Kekasih atau Valentine Day yang disambut pada setiap 14 Februari.

- Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, belia Melayu menyambut Hari Kekasih kerana tidak memahami hukum agama.
- Katanya, faktor kedua adalah kerana mengamalkan hedonisme iaitu fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.
- “Ini diketepikan, hanya semata-mata untuk memenuhi kecenderungan hawa nafsu yang lazimnya membawa kepada perkara bercanggah dengan agama.
- “Contohnya kerana cinta, mesti kita lempiaskan cinta itu dengan acara-acara seperti ‘dating’ dan tidak mustahil juga akan ada yang lebih daripada itu.
Kuala Lumpur: Kejahilan antara salah satu faktor belia Melayu meraikan Hari Kekasih atau Valentine Day yang disambut pada setiap 14 Februari.
Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, belia Melayu menyambut Hari Kekasih kerana tidak memahami hukum agama.
Katanya, faktor kedua adalah kerana mengamalkan hedonisme iaitu fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.
“Ini diketepikan, hanya semata-mata untuk memenuhi kecenderungan hawa nafsu yang lazimnya membawa kepada perkara bercanggah dengan agama.
“Contohnya kerana cinta, mesti kita lempiaskan cinta itu dengan acara-acara seperti ‘dating’ dan tidak mustahil juga akan ada yang lebih daripada itu.
“Statistik jabatan agama menunjukkan, tangkapan khalwat lebih banyak pada malam ini. Ia tidak berakhir dengan minum-minum dan makan-makan. Ada klimaksnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau menambah, faktor ketiga belia Melayu menyambutnya adalah kerana komitmen terhadap agama Islam itu kurang.
“Pada mereka, (Hari Kekasih) ini tidak ada apa-apa,” katanya.
Katanya, selain daripada pengeluaran hukum oleh pejabat mufti dan penguatkuasaan mengenai Hari Kekasih, pendakwah atau pempengaruh perlu lebih aktif memainkan peranan mereka untuk melarang kegiatan ini.
“Untuk menyebarkan larangan perkara ini, implikasinya terhadap akhlak atau moral masyarakat khususnya generasi muda,” katanya.
Sumber: Harian Metro
