Connect with us

Terkini

Islamofobia perlu dijadikan kesalahan jenayah

Abdul Razak memberikan contoh cubaan pembakaran al-Quran di Norway yang dibatalkan selepas menerima amaran keras Ankara, sekali gus membuktikan nilai demokrasi Turkiye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia perlu dijadikan kesalahan jenayah
Foto: Wakil Khas Menteri Luar Negeri Malaysia, Dr Abdul Razak Ahmad.
  • Islamofobia perlu dirujuk sebagai kesalahan jenayah dan negara-negara Islam harus bertindak tegas terhadap kes-kes melibatkan pencemaran al-Quran. – Wakil khas Menteri Luar Negeri Malaysia, Abdul Razak Ahmad.
  • “Apa-apa bentuk Islamofobia sebenarnya boleh dianggap sebagai sesuatu yang bersifat jenayah. Sama seperti anti-Semitisme yang merupakan kesalahan jenayah di banyak negara lain,” katanya.
  • Beliau memuji Turkiye atas tindak balas tegas terhadap gelombang penodaan al-Quran di Eropah baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 
  • Abdul Razak memberikan contoh cubaan pembakaran al-Quran di Norway yang dibatalkan selepas menerima amaran keras Ankara, sekali gus membuktikan nilai demokrasi Turkiye.

Islamofobia perlu dirujuk sebagai kesalahan jenayah dan negara-negara Islam harus bertindak tegas terhadap kes-kes melibatkan pencemaran al-Quran, demikian gesaan wakil khas Menteri Luar Negeri Malaysia, Abdul Razak Ahmad.

“Apa-apa bentuk Islamofobia sebenarnya boleh dianggap sebagai sesuatu yang bersifat jenayah. Sama seperti anti-Semitisme yang merupakan kesalahan jenayah di banyak negara lain,” katanya dalam temu bual dengan agensi berita Anadolu.

Beliau memuji Turkiye atas tindak balas tegas terhadap gelombang penodaan al-Quran di Eropah baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 

Abdul Razak memberikan contoh cubaan pembakaran al-Quran di Norway yang dibatalkan selepas menerima amaran keras Ankara, sekali gus membuktikan nilai demokrasi Turkiye.

Beliau menyarankan masyarakat berinteraksi dan memaklumkan kepada pelaku-pelaku Islamofobia bahawa tindakan mereka adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan masyarakat yang egalitarian.

“Dan mereka harus berhenti,” kata wakil khas menteri luar Malaysia itu.

Menurutnya lagi, Arab Saudi, Turkiye dan beberapa negara lain telah menunjukkan kepimpinan dan memerangi Islamofobia. 

Kebimbangan utamanya tentang Islamofobia adalah cara agama Islam disalahfahamkan dan bagaimana ia menimbulkan kebencian dalam kalangan mereka yang bukan Islam.

Abdul Razak turut menekankan kepentingan kerjasama antara Malaysia dan Turkiye menangani Islamofobia yang disifatkannya sebagai masalah global yang menjejaskan umat Islam.

“Kebebasan bersuara dan kebebasan berpendapat tidak boleh memberi kesan kepada kepercayaan orang lain, kewujudan bersama atau hak mereka untuk mengamalkan agama,” katanya.

Abdul Razak menegaskan negara-negara Islam supaya lebih responsif terhadap isu ini.

“Mereka boleh membakar 1,000 atau 1 juta al-Quran lagi tetapi anda tidak boleh menghapuskan ajaran Islam dari hati dan fikiran orang Islam,” katanya.

Sumber: GEO NEWS

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *